Tuesday, 10 January 2017

PISANG RAJA GORENG..

Pisang Raja Goreng...
Bukan Raja yang goreng pisang tu..
Tapi Raja tu nama pisang tu...
Pisang Raja ni yang mak aku beli  ngan Pisang Nangka tu...
DAH CITER PASAL PISANG NANGKA GORENG KAT SINI

Aku suka Pisang Raja ni..
Rasanya lebih manis..
Pisang Nangka ada rasa masam sikit..
Tapi Pisang Raja ni manis..
Cuma saiz dia comel sikit dari pisangn nangka..
Sekeping tu boleh sekali ngap jer..
Hehehehe...


Ni la rupa Pisang Raja...


Saiz dia lagi kecik dari Pisang Nangka yang warna hijau tu..
Tapi nak goreng dia sama jer...
Cuma rasa Pisang Raja aku rasa lagi sedap

PISANG NANGKA GORENG
20 biji pisang nangka
Minyak untuk goreng

Bahan Tepung Celup:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu gula
2 sudu minyak
1 1/2 cawan air
sikit pewarna kuning




1. Blend semua bahan tepung celup sehingga berkrim..tuang dalam bekas besar supaya mudah mencelup pisang.
2.Kopek kulit pisang dan hiris pisang secara menmanjang.
3. Setiap pisang dibelah  menjadi 2 keping sahaja kerana saiznya comel jer
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Celup hirisab pisang dalam tepung celup dan masukkan dalam minyak panas.
6. Setiap kali goreng..hanya beberapa keping sahaja  supaya senang dikawal dan pisang masak garing
7. Balik-balikkan beberapa kali supaya dapat warna golden brown yang cantik..
8. Toskan minyak sebelum hidang..
 Sedap dinakan bersama sambal kicap cili padi..

No comments:

Post a Comment