Sunday 14 June 2020

SIRAP LAICI (PKPP COVID - 19)

Dah 5 hari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Dah 5 hari la dah boleh rentas negeri
Tengok dalam story kawan-kawan aku pun ramai gak pakat balik kampung
Ramai cakap hi way jammed sejak hari Jumaat sebab ramai orang baru boleh balik kampung
Sebab masih dalam musim raya kot


Mak aku buatkan Sirap Laici
Masa lunch semalam


Minum Sirap Laici sebab nak sejukkan hati kot🤭
Mak aku asyik sebut nak balik kampung jet sejak PM umum PKPP dah boleh rentas negeri
Hari pertama PKPP Rabu
Tapi Khamis tu appointment mata aku kat HUKM yang xjadi surgery tu
Hari Jumaat mak aku membilang cakap nak balik kampung sebab nenek dah asyik tanya..
Tapi akhirnya x jadi
Sebabnya mak aku cakap x berbaloi nak balik 2 hari jer
Buat penat ngadap jammed jerk
Yer lah.. Kalau balik pun
Ahad dah kena bertolak balik KL sebab Isnin dah appointment lagi
Abang pun, akademi dah panggil masuk kelas semula Isnin ni
Mak aku plka cakap weekday dah x boleh balik sebab kena amik cuti
Bulan Jun sampai Julai memang xde cuti yang berkembar dengan Sabtu Ahad
So, dipendekkan perbincangan
Maka memang x balik la
Tunggu Raya Haji la baru boleh balik


Baik lah minum Sirap  Laici ni
Hahahaha


Dulu mak aku selalu buat Sirap Laici terutama bulan puasa
Tapi now dah jarang
Puasa tahun ni rasanya 2x jer buat minuman ais
Selebihnya memang minum air kosong jerk
Puasa dalam PKP kan...
Ni tetiba mak aku buatkan Sirap laici plak
Dah kenapa..
Heee
Mak aku cakap tengah kemas barang makanan dalam kabinet daput
Banyak makanan dah expired sebab masa panic buying bulan Mac hari tu careless
Main capai barang & tak tengok expired date
Beras pun masih ada 3 beg besar
Mak aku cakap 1 bag dah penuh kutu beras & berasnya bergumpal.
Makanan dalam tin juga ada yang dah nak hampit expired date
Termasuk laici ni
Ooooo... Sebab tu la buat Sirap Laici🤭🤭



SIRAP LAICI
1 tin laici
2 cawn gula
1 cawan air panas
1 sudu besar pati sirap rose
1 sudu teh pewarna merah jambu
( supaya warna sirap lebih cantik)
1/4 jug air masak
ice cube
1. Bancuh sirap rose,pewarna merah jambu,dan gula hingga larut bersama air panas
2.Tambah air masak sejuk dan air laici.Buahnya diasingkan
3.Masukkan sirap + air laici dalam jug dan penuhkan dengan ice cube
4. Bila hidang baru dimasukkan buah laici

Kalau dah buka tin laici atau apagapa makanan dalam tin
Jika ada baki, JANGAN terus simpan baki makanan tersebut dengan tin
Sila  keluarkan isi & masukkan ke dalam botol kaca  atau masukkan dalam plastik kosong & ikat kemas sevelum simpan dalam peti ais
Kalau terus simpan dalam peti ais dalam tin yang dah dibuka nanti bau tin dia melekat dalam makanan
Haaaa..... setiap kali buka laici
Mesti tingat peristiwa minum air laici kat  satu gerai di Segamat
Order air laici, tapi baru sedut masuk molot jerk..
Uweeeeekkks bau hanyir..
Memang xleh nak telan langsung
Bila mak aku cium air tu
Mak aku cakap itu bau tin
Sepatutnya lepas buka tin, kalau nak simpan bakinya
Kena keluarkan dari tin & masukkan ke dalam bekas kaca @  ekas plastik sebelum simpan dalam peti ais.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Expiry date makanan Masih boleh dimakan. Expiry date hanya untuk manufacturers to audit their stock productions. the food maybe not perfect 100 percent but it is safe to eat.
    Beras masukkan cili Kering potong Banyak Banyak.gaulkan...

    Kalau Rajin letak beras DLM fridge few nights baru keluarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmmmm...boleh makan lagi ek..
      Banyak yang mak kiter dah buang sebab takut nak makan..
      Lain kali kiter pesan mak jangan buang..
      Kutu beras tu keras la..
      Bila picut susah nak mati

      Delete