Mak aku masakkan lauk untuk aku yang masih berpantang
Pantang sebab mata bengkak ni la
Memang sejak berpantang makan menampakkan kesan yang lebih baik
Mata dah x merah
Bengkak makin kurang
Doktor pun sangat menggalakkan aku untuk berpantang makan
Hanya makan ikan yang isinya putih
Doktor tidak menyuruh berpantang makan
Tapi bila nenek call suruh pantang makan
Kawan-kawan aku pun ramai yang syorkan aku agar jangan makan makanan yang boleh mengakibatkan allergy mata
& mak aku pun memang hanya masakkan ikan yang isinya putih sahaja
Sangat menampakkan kesan yang baik
Doc memang xboleh suruh patient pantang
Tapi bila cakap ngan doc aku pantang makan, doktor sangat menggalakkan terutamakan elakkan seafood macam udang sotong ketam etc
Hanya makan ikan & itupun ikan yang isinya putih
Ni, untuk lunch tadi mak aku masakkan
ikan
Ikan Merah Masak Cuka
Namanya Ikan Merah
Tapi isinya putih tah
Yang merah tu kulit ikan ni
Red Snapper..
Ikan Masak Cuka ni sangat sedap
Sekeping ikan ni untuk lauk lunch & dinner aku
Abang ngam kakak ngan mak aku xleh makan sebab ikan ni hanya sekeping
Dah bajet untuk aku makan separuh lunch & sebahagian lagi dinner nanti
Tapi mak aku, abang & kakak ada lauk lain la
Ada kari daging
Aku la plak xleh joint makan kari daging tu
Sebab tu mak aku masakkan ikan ni untuk aku
Hee....
IKAN MASAK CUKA/JERUK IKAN
1 keping besar ikan merah - gaul garam kunyit
10 biji bawang kecil - biar sebiji-sebiji
5 bawang putih - kerat dua
1 ketul halia muda- hkris jejari halus
1 cili merah - hiris
3 cili padi hijau-belah dua
1 sudu teh halba campur
1/2 cawan cuka makan
1/4 cawan air
2 sudu makan gula perang
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk goreng & tumis
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat d ketepikan
2.Kurangkan minyal goreng dalam kuali menjadi 2 sudu & tumis halba campur.
3. Masukkan cuka & semua bawang kecil, bawang putih & halia. Biar mendidih dalam cuka 1-2 minit supaya bawang & halia rangup.
4. Tambah 1/4 cawan air, garam & gula
5. Masukkan ikan goreng, cili & biar mendidih
6. Sesuaikan rasa kuahnya supaya masam, masin & manis.
** Ikan Masak Cuka lebih sedap diamasak awal & dibiarkan beberapa jam ssbelum dimakan supaya semua rasa menjadi sebati & lebih sedap
Ikan merah goreng
Ikan Masak Cuka/Jeruk Ikan
Aku suka sebab sedap
Bangun pagi pun mak aku dah siap masak
Mak aku cakap memang masak awal supaya rasanya lebih sedap
Paling sedap bawang-bawang dia
Memang rangup macam pickle
Memang xde rasa bawang dag
Rasa masam, masin, manis dan pedas tang sedap
Rangup bila dikunyah
Cubit sikit ikan
Amik bawang
Tanam nasi
Suap
Kunyah
Pergh... Sedap
Aku rasa inilah lauk pantang yang paling sedap
Dah boleh Dan cella
ReplyDeleteDah boleh Dan apa tuðŸ¤
Delete