Hari ni ada appointment lagi kat HUKM
Appointment kali ke 4 dengan HUKM selepas 3 kali ke privete clinic sepanjang PKP & PKPB
Bila dah PKPP baru ke HUKM
& masuk ni dah 4 kali kali appointment
Tapi doctor masih x buat surgery
Doktor kata kan tunggu betul-betul susut bengkak baru boleh surgery
Hari ni gerak lebih awal
Walaupun appointment pukul 9.00 pagi
Pukul 8.30 aku ngan mak aku dah sampai kat Unit Aftalmology
Hahhaha dah hafal nama dah..
1st datang hari tu melilau mencari klinik mata.
Dah cerita pengalaman kelakar 1st day tu cari klinik mata HUKM tu dalam post KETUMBIT /CHALAZION.. kat sini
Sebab datang awal & naik atas awal
Dapat nombor 1001 untuk bilik 1
Maknanya aku 1st patient la akan dipanggil untuk Bilik 1 - Bilik Kecemasan Mata
Kalau 5007
Maknanya Bilik 5.. patient ke 7
Haaaa....4x datang aku dah boleh faham😁
Mak aku cakap,
Aku, abang & kakak semua dah ada rekod kat HUKM
Kakak warded sebab denggi masa kakak masih sekolah rendah(aku mana la ingat sebab kecik lagi)
Abang plak seminggu
Actually aku pernah suspect denggi masa darjah 3..
Duduk kat dalam wad selama 1 hari aku dah meraung nak balik
Aku takut bila tengok semua orang berselimut,
Rasa macam dalam bilik menunggu mati..
Siyes seram dowh..!
Aku masih ingat doc cakap kalau xnak warded boleh, tapi kena janji minum air banyak & makan ubat
Yess.. Aku berjanji depan doc dengan yakin & bersungguh-sungguh macam budak sekolah rendah berjanji depan guru disiplin yang pegang rotan dan bermisai tebal🤣🤣🤣
Setelah 2 botol air dimasukkan kat tangan aku, doc kasi kebenaran untuk balik & setiap hari ulang ambil darah
Lepas tu aku dah x ingat berapa kali kena ulang ambil darah hingga denggi sembuh
Pastu selalu juga aku gi HUKM ziarah kawan aku yang sakit & selalunya ikut mak aku ziaah kawan-kawan mak aku yang sakit.
Kalau ikut logik pun mesti lah kawan mak aku lagi ramai yang sakit sebab dah banyak umurnya(aku x cakap tua🤭)
Kawan-kawan aku ada la beberapanorang yang pernah warded sini..
Mostly dak-dak lelaki & kes accident motor la🤣🤣
Now aku datang lagi HUKM sebagai patient Unit Aftalmologi. 😁
Pukul 9.30 camtu nama aku dah dipanggil
Hari ni doktor lain plak yang rawat aku
4x appointment
4 orang juga doktor yabg berbeza
Memang kena picit la lagi la mata hari ni
Doktor tanya ada perubahan @ tidak
Mmmm..... doktor boleh rujuk pic bi
😁😁😁
Hari Isnin nyer pic
Hari ni Jumaat nyer pic
Haaaa
Ada beza dah kan
Ada perkembangan positif
Mau x positif
Dah 2 minggu makan berpantang
Hanya makan ikan isi putih
Itupun banyak yang rebus @ steam jer
Sesekali jer makan yang digoreng atau maknaku masak yang guna minyak
Tapi doc cakap masih x boleh buat surgery
Kena tunggu minggu depan
Sebab kena tunggu sampai laki susut untuk membolehkan kelopak mata dikelebek(hahhaa faham ke perkataan ni)
Mean dilipat ke atas la..
Aku tanya doc boleh tak buat surgery tu sebelum bulan Ogos.
Doc tanya aku plak kenapa nak sebelum Ogos
Aku cakap la bulan Ogos in sha Allah aku nak gi daftar universiti.. Tak mo la gi ngan mata masih bengkak & agak bermasalah untuk aku nak ulang alik dari Trengganu ku HUKM
Dahhh 1 bilik tu semua doc & staff wish congrats & dekat 10 minit juga doranf pakat share cerita pengalaman 1st day dorang daftar kat universiti dulu.
Dah habis pakat sharing cerita
Hilang skit sakit mata kena picit
Dah macam berbual ngan kawan-kawan plak😅
Pastu doc kata xyah amik ubat dah hari ni
Just gi cop kad untuk next appointment 23 Jun ni.
Pastu gi tunjuk kat doc untuk andos & dah boleh balik
Tunggu plak next appointment 23 Jun ni
Salam..cella
ReplyDeleteTahniah dpt masuk U...Alhamdullilah
Salam..
DeleteTerima kasih.. Doakan agar kiter berjaya dengan cemerlang di dalam pengajian, kehiduoan di dunia d akhirat tau.. 🌹
Assalamualaikum cella,
ReplyDeleteBoleh makcik tumpang tanya. Kita boleh buat appointment ie HUKM on9 ke?
Kwn makcik ni disuruh dptkn rawatan di sana oleh pusat kesihatan Bangi. Mnjadi masalah la jika kami ni nk pergi ulang alik ke HUKM tu ngnenaiki grab.