Tuesday 16 June 2020

POSTPONE LAGIIII.. (PKPP-COVID 19)

Hari ni appointment mata lagi kat HUKM
Sepatutnya doktor cakap nak buat surgery hari Khamis minggu lepas
Tapi x jadi sebab doktor suruh habiskan dulu antibiotik yabg diberi
Pastu doktor kata mata kiri aku pun kena syampoo 3x sehari sama macam mata kaknan juga sebab bulu mata aku panjang & mudah memerangkap habuk
Kalau fikirkan... Apa ke x logik nya lah..
Mata kanan aku yang chalazion tu
Tapi ngan mata kiri sekali doktor suruh syampoo 3x sehari
Doktor suruh guna babby shampoo supaya mata x pedih..
Haaaaa syampu bulu mata pun 3x sehari bai
Kalah syampu rambut..!!
Rambut aku pun syampu 3x seminggu
Bulu mata 3x SEHARI..
Seminggu 21 kali wei..
Mmmmm... ikut jer lah dah doktor suruh kan...
Kang x syampu, nanti appointment doktor tanya.. xkan nak tipu..
Aku bab menipu ni lemah skit sebab kalau tipu akan kantoi nyer..😜😜😜


Penat....
Baru sampai Unit Aftalmologi(Klinik Mata laaaa🤭🤭🤭)
Hari ni bergerak awal
Appointment pukul 9. 00 pagi
Pukul 7.30 tayar kereta dah golek
(maknanya dah gerak laa😅)
Pukul 8. dah sampai HUKM..
Tengok manusia..
Omak ai...
Beratur panjang 4 lane
Setipa lane lebih 100meter
Ko kira lah sendiri..
Dah la kelam kabut sebab polis yang jaga hanya beberapa orang
Manusia yang beratur ada seribu perangai (termasuk aku ngan mak aku tambah lagi 2 perangai😁)
Yang benti kereta suka suki nak turunkan lenumpang
Yang atuk & nenek lagi bertongkat berkerusi roda dorang nak kena bantu
Tambah lak start hari ni  HUKM dah perkenalkan QR code..
Yang muda macam aku dah biasa
Atuk nenek yang dah tua tu manalah dorang nak tahu, tambah lak bukan semua phone ada apps tu.
Kalau ada phone ok pun, jenuh nak berebut scan sebab orang terlalu ramai..
Dah xde social distancing walaupun staff HUKM  berulang kali meronda & memberi pesanan supaya jaga social distancing..
Bila dah ramai siapa sahaja nak ikut arahan
Semua berebut nak scan & nak beratur
Mak aku pun sama, terkial-kial nak scan🤣
Mula aku biar jer dulu sebab aku pun kena scan juga QR code tu & nak isi form dia. Pastu baru tolong mak aku plak scan & isi.
Yang melanggar peraturan potong Q jangan cakap la kannn
Stress betul tengok polis-polis tu nak ngadap ratusan manusia dengan ribuan perangai.


 Lepas lobby
Selesai check suhu
Dah xyah isi maklumat lagi dah
Sebav dah isi dalam QR code

Semua kelam kabut menuju ke Unit klinik masing-masing
Semua berjalan laju macam orang Jepun
Semua nak kejar masa nak jadi orangbyang awal dapat nombor d awal dapat jumpa doctor
Sebab kalau lambat, dah ramai orang, lagi lama la kena melangut

Akhirnya sampai juga ke Unit Aftalmologi
9.08 dapat nombor 1001
Maknanya aku 1st patient la untuk bilik 1
Sib baik juga mak aku bising nak gerak awal..
Tak dapat aku bayangkan kalau sampai pukul 8.30..
Mau pukul 9.30 pun belum tentu dapat masuk..
Masa balik tengok kereta parking sampai ke luar jalan dekat Staduim Bola Sepak KL kat luar jalan sana
Tak tahu naper hari ni ramai lain maciam




Still bengkak
Tapi dah x merah
Cuma dah ada nampak 1 benjol tu macam dah mula putih macam jerawat yang dah masak..
Mak aku nak picit
Tapi aku x kasi sebab takut
Buatnya jadi apa-apa
Haaa...
Mata weiii... Bukan ada jual..
Hehehee
Baru tahu hargai pemberian Allah
Nikmat ada mata sihat
Sebab aku selalu tuam dengan sudu panas
Syampu 3x sehari
Makan pun pantang
Bengkak dah x merah lagi
Dalam pukul 10 camtu nama aku dah dipanggil
Ada beberapa orang doktor
Melayu, Cina & India semua ada
Haaa.. Macam-macam la dorang interview aku...
Pastu doc yang Chinese tu dah mula pakai glove & belek-belek mata aku
Pastu dengar doc tu cakap
"please give the blue needle" 
Kalau korang rasa apa???
Aku rasa macam nak bangun & lari keluar bilik wei...
Tapi mengenangkan doctor  memang soft spoken & sangatlah HANDSOME.. 😍
Aku tabahkan hati
Memejamkan mata & membiarkan doctor handsome tu cucuk kelopak mata aku dengan blue needle tu..
Pedih wei..
Rasa la jarum tu dicucuk atas kelopak mata aku tapi aku tahankan hanya kerana doctor tu handsome🤭🤣
Bukan dapat tengok sangat pun kehandsoman doctor tu sebab masa beliau cucuk kelopak mata aku dah tentu la kanaaku kena pejam mata kan..
Takpelah, pejam mata bayangkan jer lah kehandsoman doc tu
Hahahahaha🤣🤣
Lepas doc cucuk kat bengkak tu memang rasa ar mata macam berair & sedikit melekir
Pedih & sakit la..
Pastu doc cakap balik teruskan makan antibiotic & shampoo mata
Doc cakap hari ni x boleh surgery lagi
Aku pun x tahu kenapa.
Dah x rasa nak tanya dah sebab mata sakit & pedih
Doctor tu handsome pun aku dah x peduli dah sebab aku lagi peduli mata aku yang sangat x selesa ni
Pedih, sakit & x selesa
Next appointment hari Jumaat 19 Jun ni..
Lagi 3 hari
Doc kata kalau esok lusa mata makin bengkak & sakit terus jer datang hospital ni & xyah tunggu sampai Jumaat.
Keluar jer bilil doctor, mak aku terus terpa kat aku
Pam.. Pam.. Pam.. Pam...
Macam bunyi mercun Raya Cina mak aku tanya soalan sampai aku x faham sepatah
Mana dengan mata sakit, mak aku lak tanya macam-macam;

Doctor cakap apa?
Kenapa mata tu berair?
Doctor dah surgery ke?
Sakit ker?
Bengkak dah pecah ke?
Nak tissu ke?
Boleh jalan ke?
Nak duduk dulu ker?

Ko aser aku nak jawab yang mana dulu?
Satu pun aku x jawab
Hahahaha...
Aku terus duduk jap & minta tissu kat mak aku
Nak lap mata
Sebab rasa x selesa
Pastu aku rasa nak balik rumah cepat-cepat
& nak tidur..


Pastu aku minta mak aku tolong snap mata aku jap aku nak tengok xde cermin
Soh mak aku snap video mata aku jap aku nak tengok..
Huh, ngeri bai..
Agaknya doc dah cucuuk yang aku kata macam jerawat yang dah masak tu..
Aku agak jer...
Pastu gi farmacy plak untuk ambil ubat


Ubat yang sama
Antibiotic.
Pukul 11 dah settle
Balik rumah  makan nasi,
Makan ubat & pastu aku bantai lena Zzzzzzzzzz
Haaaa... Ni sampai azan asar baru bangun😊
Beberapa minggu ni
Inilah antara makanan aku😁😁😁
Tunggu plak next appointmen hari Jumaat ni




6 comments:

  1. semoga cepat sembuh. yelah betullah jaga makan tu. elakkan yg boleh sebabkan gatal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasij sis..
      In sha allah berkat doa semua.
      Semoga Allah bagi kesembuhan

      Delete
  2. oh, hospital ukm
    done follow #30

    ReplyDelete