Sunday, 14 June 2020

SAMBEL TEKOKAK SAMA TERI(PKPP COVID 19)

Mak aku masak sambal ni
Aku tau la ni namanya Sambal Terung Pipit


Tapi mak aku cakap kat Indon namnaya Sambel Tekokak
Sebab terung pipit kalau di Indon dipanggil tekokak
Sambal pula dipanggil Sambel
Ikan bilis dipanggil ikan teri
Jadinya semua itu digabungkan dalam bahasa Indon
Namanya... Sambel Tekokak Sama Ikan Teri
Maksudnya kalau di Malaysia..
Sambal Terung Pipit Denga Ikan Bilis
Haaaa... kalau mau diajak cakap sleng Indon
Aku boleh jer
Sebab pengaruh suka tengoj senitron & filem-filem Indon
Paling melekat di hati aku ialah filem
"Tenggelamnya Kapal Van der Vijck" ..
Hampir semua dialog dalam filem tu aku dah boleh hafal kecuali beberapa perkataan dalam bahasa Minang yang aku x hafal..
Novel "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" karya Abuya HAMKA juga sudah beberapa kali aku khatam
Bermula pinjam dari Haikal cousin aku tu, baca online & juga dapat novelnya hadiah birthday daripada abang..
Satu-satunya novel kesyangan aku
Membaca & menonton filem itu seolah aku juga berada dalam semua peristiwa yang berlaku..
Terkadang aku berada dalam hati Hayati.
Sesekali aku cuba menjiwai Muluk
Tapi dalam banyak keadaan aku lebih menyelami perasaan Zainuddin.
Sepuluh kali baca.... Sebelasa kali aku menangis..
Sebelas kali mengulang tonton filem iru
Dua belas kali mata aku bengkak..
Tapi chalazion mata aku ni xde kaitan dengan Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
五五不不不不


SAMBEL TEKOKAK SAMA IKAN TERI
1 cawan tekokak/ terung pipit
1 cawan ikan teri /bilis bersih
1 asam keping
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 bawang besar hiris
1/4 cawan minyak

Bahan  Blend
10 cili kering
1/2 bawang besar


1. Panas minyak dan goreng bilis hingga garing.
2. Terus tumis bahan blend ke dalam minyak yang mengandungi teri/bilis. Biar mendidih hingga naik minyak.
3. Masukkan terung pipit dan 1 cawan air.
Masak hingga mendidih dan terung menjadi empuk
4. Tambah asam keping,garam dan gula
5. Bila pekat masukkan ikan bilis dan sesuaikan rasa

No comments:

Post a Comment