Wednesday, 24 June 2020

KE HUKM LAGIIII... (PKPP COVOD 19)

Semalam nyer cerita
23 Jun 2020(Selasa)
Ke HUKM lagi
Untuk kali ke-6 dalam bulan Jun ni sahaja
Untuk appointment kat Unit Aftalmologi a.k.a Eye Care unit.. Masih follow up about CHALAZION. kat sini



 Pukul 8.00 pagi dah sampai depan main lobby waLupun appointment aku pukul 9.00 pagi. Parking pun banyak lagi kosong masa sampai pukul 7.50 tadi tu
Dari parking terus menapak naik tangga ke lobby A ni
Sib baik hari dah x seramai minggu lepas
Minggu lepas, sebab terlalu ramai, hanya patient yang di benarkan masuk. Waris x boleh masuk, hanya tunggu kat luar lobby.
Hari ni, polis bantuan x larang pun
So, masuk jer lah
Maybe sebab hari ni x ramai sangat


 Lagi pun sejak diperkenalkan pendaftaran melalui QR Code scan ni memang dah laju dah proses pendaftaran
Setiap tiang tu ada jer QR code tu
Boleh scan


Lepas scan & isi maklumat  & bila dah LULUS boleh tunjukkan kepada polis bantuan tu 
Tunggu jap untuk polis tu amik suhu badan & terus tambah dalam maklumat tu
Than, boleh terus masuk..
Kalau sebelum ada QR code tu memang line up panjang laaaaa
Now dah isi
Amik suhu,
Sent..
Dah boleh terus masuk
Ops, jangan lupa hand sanitizer


 Mata aku dah nampak surut skit dah bengkaknya nk banding masa 4 Jun tu
Dah sampai Unit Aftalmology
Elok-elok lepas jer snap pic ni
Staff dia arahkan semua yang bjkan patient sulaya tunggu kat luar
Hanya patient boleh duduk dalam ni


Nombor 1001 lagi
Maknya aku 1st patient untuk Bilik 1
Mana x dapat nombor 1
Appointment pukul 9..
Ni baru 8. 27 dah siap daftat kad
Dalam 8.45 camtu nama aku dah dipanggil
Ada 5 doc dalam bilik tu.
Doc yang sama dengan hari Jumaat lepas
Lepas doc dah check mata
Dah picit-picit mata aku
Doc cakap masih x boleh surgery
Coz biji chalazion tu masih keras
Walaupun bengkak dah surut tapi chazion tu still keras & kelopak mata aku x boleh nak kelebekšŸ¤­(lipat la)
Doc cakap kena tunggu lagi
Itupun kalau chalazion tu dah lembut la
Kena lagi kerap tuam dengan sudu panas & kerap syampu bulu mata
Pastu doc cakap sebab dah banyak makan antibiotic, minggu ni doc akan tukar ubat lain plak
Lama jugak la doc chek up
Sambil tu semua berbual dengan aku dah macam kawan-kawan
Sampai doc & staff dah boleh cam
(Actually aku rasa, dorang cam kat mata aku ni la.. Lain dari orang lainšŸ¤£)
Selama 6x appointment ni walaupun yang datang kat eye care ni ramaj juga yang ada masalah chalazion
Tapi hanya mata aku jer yang besar bengkaknya lain dari yang lain
Patient lain hanya ada benjol kecik jer Kt kelopak mata.
Pastu doc bagi tarikh untuk next appointment..
Hmmm....minggu dapan plak


 Gi plak farmacy
Kena tunggu lagi 14 orang
 Dalam pukul 10 dah settle


Hanya 2 jenis ubat kali ni
Betul la doc kata minggu ni tukar ubat
Dah xde lagi dah antibiotic yang x sedap tu
(šŸ¤­macam la ubat yang ni sedap)


Sebelum keluar...
Heee dah jadi rutin plak
Datang HUKM mesti nak singgah sini
Kalau dulu suka singgah Koperasi HUKM
Sebab banyak makanan sedap dijual kat situ
Tapi now dah macam x best dah
Best plak port baru ni


 Borong la jugak beberapa makanan
Bun.. kek... air...
Ni tengah ushar nigiri

 Semua nampak sedap


 Dah.. dah...
Jom bayar...
Next appointment minggu depan plak
Jom balik

7 comments:

  1. Assalam, Cella
    Aunty doakan dipermudahkan urusanmu & segera sembuh nanti.. Amiiinnn

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh, aamiin :)

    ReplyDelete
  3. Kesian cella..letih juga kan menunggu kesudahan chalazion tu. mungkin Allah dah atur yg lebih baik utk cella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer penat juga sebab tak tahu bila nak surgery..
      Setiap hari kena makan ubat,shampoo bulu mata & tuam dengan sudu redam air panas

      Delete
  4. "www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

    ReplyDelete