Laun lunch hari Khamis
Masih berpantang makan
Hanya makan ikan isi putih
Takut nak makan ayam, daging & ikan sembarangan sebab takut mata gatal & bengkak merah macam hari tu yang salah makan seafood tu
Mak aku masak Ikan Merah Steam Lemon
Sedap ooooo
Rasa best lak makan lauk-lauk berpantang ni..
Sebab sedap🤭🤭
Bukan pantang orang bersalin naaa
Aku pantang sebab mata chalazion
Dah 2 minggu makan lauk pantang sedap-sedap.
No more ayam
Tapi ayam mak aku still masak
Ikan hanya masak untuk aku
IKAN MERAH STIM LEMON
1 keping ikan merah
1biji tomato
1/2 lemon - hiris nipis
1/4 sudu teh garam
5 hiris halia muda- potong jejari halus
Bahan Sos
1 sudu kicap manis
1/2 lemon- perah airnya
1/4 sudu teh garam
1/4 kiub ayam
3 cili padi merah - cincang
2 cili padi hijau - cincang
1 pokok daun ketumbar - cincang
1 ulas bawang putih-cincang
2 hiris halia muda-cincang
** semua bahan sos dicampur sebati
1. Bersihkan ikan
2. Letak ikan atas bekas tahan panas.Sapu garam & tabur halia serta susun tomato.
3. Kukus hingga ikan masak lebih kurang 15 minit
4. Bancuh semua bahan sos
5. Bila ikan masak, tuangkan bahan sos mentah(tanpa dimasak)
6. Hidangkan panas-panas
Ikan dah siap kukus
Campur semua bahan sos dan sesuaikan rasa
Sedapppppppp
Kuah dia... Perghhh
Brrrrr Alhmadulillah...
No comments:
Post a Comment