Semalam hari Sabtu, mak aku masak Sambal Petai Tempoyak Durian Beku
Actuallly mak aku kat bukan la tempoyak sangat
Tapi lebih kepada durian
Durian beku..
Kalau tempoyak masam tu xde sapa nak makan sebab masam.
Tapi kalau tempoyak manis ni yang durian nya masih fresh
Haaaa... Semua pun suka
Sambal Petai Tempoyak Beku
Pedas berapi
Tapi sedap
Mak aku cakap extra pedas coz mak aku kata guna cili Vietnam
SAMBAL PETAI DURIAN BEKU
1 cawan isi petai (4 papan petai)
½ cawan isi durian beku (3 ulas)
1 asam keping kecil
1 helai daun kunyit
1 sudu teh garam
4 sudu minyak
Bahan Blend
½ cawan cili padi hijau
½ cawan cili padi merah Vietnam
1 bawang besar
1 ketul kunyit
½ cawan ikan bilis bersih
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.
2. Tambah isi durian beku yang dilenyek
3. Tambah, garam & asam keping
4. Bila pekat & naik minyak, tambahkan petai & daun kunyit
5. Sesuaikan rasa
Sambal Petai Tempoyak Durian beku
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
- namakucella
- Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment