Friday, 19 June 2020

BEKAL MAGGI GORENG (PKPP - OVID 19)

Bangun awal pagi
Nampak mak aku masak maggi goreng
Terliurnya
Tapi aku tengah berpantang makan
Tak boleh makan sebarang sebab tengah tunggu appointment nak surgery mata akibat chalazion ni
Mak aku suruh jer makan
Tapi aku yang takut nak makan
Aku mengenangkan dalam perencah maggi tu buatnya ada perisa udang ke
Jenuh gatal mata aku
So.. Sejak dah lebih sebulan aku dah x makan maggi walaupun sangat teringin
Aku rela x makan maggi daripada nak menahan sakit & gatal mata

Maggi Goreng untuk bekal abang
Sejak Isnin abang dah star masuk semula akademi setelah bercuti PKP-Covid 19 selama 3 bulan.
Sejak Isnin mak aku buatkan bekal nasi d lauk untuk abang
Lepas subuh jer dah bau mak aku masak lauk  dah
Mak aku cakap sebab ababg nak bawa bekal nasi & lauk, maka skip masakan sarapan
Abang bawa bekal nasi & kitorang kat rumah juga akan lunch nasi & lauk yang sama..
Tapi hari ni mak aku masak maggi goreng jer untuk bekal abang
Kata mak aku sebab nak cepat
Sebab nak gerak awal ke HUKM
So, masak maggi goreng cepat dimasak sedap dimakan jer untuk bekal abang
Aumm... Bau dia memang menguji selwra aku
Tapi aku tabahkan hati xnak makan maggi
Hahahha.. Tersiksa selera aku tau😁




MAGGI GORENG
2 paket maggi kari
1 sachet perencah maggi kari
5 batang jejari ketam/sosej/isi ayam
1 biji telur
2 bawang putih
2 sudu kicap manis
2 sudu minyak
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 hiris limau nipis./lemon
1. Rendam maggi dengan air panas.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang
3. Masukkan isi ayam yang dipotong kecik/sosej/jejari ketam
4. Pecahkan telur dan goreng hancur besama isi ayam..
5. Tapis maggi dam masukkan bersama 1 bungkus perencah maggi kari tu..1 bungkus jer.Gaul rata..Jika agak kering tambah 2 sudu air supaya sebati..
6. Renjiskan kicap dan gaul rata..
7. Tutup api dan tabur daun sup dan daun bawang..
8. Hidang dengan hirisan limau nipis dan kalau nak lagi pedas tambah cili padi..

No comments:

Post a Comment