Sunday 7 June 2020

MATA KETUMBIT /CHALAZION (PKPB-COVID 19)

Hari Khamis lastday Puasa 6 tu separuh hari kat klinik & gi HUKM sebab mata aku dah makin bengkak..
Doc dah check dah bagi ubat..
Next appoiment 17 Jun iaitu lagi 2 minggu Jumaat pagi semalam...
Dah plan ngan Auni & Karthik
Dorang nak belanja makan
Plannya nak keluar pukul 11.30
Sekali pukul 9.30 ada call dari HUKM..
Doktor soh gi HUKM sebelum pukul 12 tengahari sebab ada hal berkaitan mata aku
Kelam kabut terus siap..
Abang hantar..

Ni latest mata kanan aku hari ni
Merah kan...

Doktor kata pelik skit sebab  dah lebih 3 bulan belum baik
Sepatutnya makin kecil bengkaknya
Tapi ni makin besar plak


Ni awal bulan Mei hari tu
Sebelum raya
Tak bengkak sangat
Tapi nampak macam ada 2 benjol kecik kan
Asalnya masa bulan Februari timbul 1 benjol kecik jer atas kelopak mata
Macam ketumbit kecik
Besar jerawat jer.
Masuk bulan Mac macam benjol tu makin jelas.
Gi klinik, doc cakap makan antibiotik & sapu cream jer



Bulan April sebelum Ramadhan gi klinik lain plak
Doc cakap dah ada 2 benjol
Tapi doc klinik tu cakap sebab dah ada 2 benjol, beliau x berani nak buat surgery tu sebab takut bleeding
Doc juga cakap bertahan & jangan gi hospital dulu sebab masa tu tengah PKP kerana wabak Covid 19 memang tengah kritikal masa tu.
Memang semua pun dinasihatkan jangan ke hospital jika tiada keadaan mendesak kerana nk kurangkan risiko kt hospital..


Doc juga tunjukkan cara yang betul nak guna cream ni
Haaa.. Kena buka mata luas-luas & picit cream yang macam vaseline ni masuk dalam mata
MASUK DALAM MATA ok...
Haaaa... ngeri kannn
Masa gi klinik yg pertama tu doctor klinik  A tu cakap picit dalam mata
Tapi aku yang x faham
Aku gi picit atas kelopak mata tempat biji ketumbit tu tumbuh
Pergi klinik ke-2 ni doc ni siap buat demo buka mata aku & picitkan kril gel ni dalam mata..

Masa tu cuma bengkak makin jelas
Tapi xla sakit

So, makan jer lah ubat
Lepas PKPB la ingat nak follow up


Tapi bila lepas raya ni dia dah mula jadi merah..
Pastu yang buatkan aku nk gi klinik sebab hari Rabu tu UPU keluar result
Alhamdulillah aku berjaya & bulan Ogos ni daftar..
Aku xnak la gi daftar kat kampus dengam mata bengkak
Heeee.. Nak jaga la 1st impresion
Kaaaannn..


Ni pic masa sibok rakam buat video
Untuk online interview bulan puasa hari tu
Kalau pic macam ni leh ar cover mata lagi

Haaa... Bila tengok depan-depan..
Nampak la mata kanan kelopak dia lagi besarrr & tebal..
Sib baik juga masa ni x bengkak sangat & x merah..
Kalau x lagi la down
Yang video tu nasib la
Kalau lecture yang tengok video tu maybe mereka ingat aku mata aku memang macam tu la kot
Masa perkenal diri untuk video biodata tu nak jer aku bagitau mata aku ni elok tau
Cuma tengah sakit & bengkak
Hahaha
Rasa rendah diri ooo bila mata x serupa orang
Baru tahu erti syukur..sebab selama ni  rasa macam nak cantiknmacam orang yang cantik
Tapi bila mata sebelah dah bengkak
Baru sedar selama ni x bersyukur
Baru rasa nak semula mata yang sihat macam sebelum ni
Sebab tu aku ajak mak aku gi klinik
Sampai klinik hari Khamis tu, memabg doc klinik ke-3 ni cakap dia pun x boleh buat sugery sebab bengkak tu besar
Doc cakap kalau ketumbit kecik memang dia biasa buat surgery
Tapi ni sebab dah ada 3 biji dalam kelopak mata tu, doc tu pun x berani ambil risiko
Doc tu buatkan surat & suruh bawa surat tu gi HUKM

Hari Khamis kat HUKM
Lepas daftar.
Ni buat ujian mata


Tengah tunggu nama dipanggil untuk jumpak doc plak
Mengantuk giler
Sebab lama menunggu
Yang lain maybe memang dah ada appointment

Dari ramai orang
Sampai dah x ramai la
Tengok kakitangan hospital rasa insafnya
Nak layan macam-mac karenah orang sakit
Kena sabar
Kena senyum
Aku yang tunggu jer pun rasa malas nak semyum
Tapi dorang nak kena layan orang elok-elok

Nampak papan tanda tu?
Ada tulis kan
HUKM Eye Centre
Ni belah dalam tau
Jap lg aku citer  kat luar dia

Hari Khamis tu doktor banyak tanya & dapafkam info pasal mata aku la
Bila mula bengkak
Makan ubat apa
Sapu cream apa
Hahaha. Mana la aku ingat nama ubat & cream tu



Hari Khamis
Ni kat luar dia tulis
KLINIK OFTALMOLOGI
Masa kat lobby dah tanya kat kaunter
Di mana Klinik Mata
Dorang dah cakap kena naik escalator
Belok kiri
Bila dah naik nampak Klinik Hidung & Mulut jer
Jalan sampai hujung pun x jumpa Klinik Mata
Yang jumpa Klinik psikometrik, Klinik apa lagi ntah dalam bahasa medic, farmacy & kaunter bayaran
2 kali pusing x jumpa juga
Lastly gi tanya kat Klinik Hidung & Mulut
Sebab Hidung & Mulut
Kalau logiknya hidung & mulut dah tak jauh dah dengan mata kan..
Sebab kalau kat muka kita.. Mulut memang dekat dengan Hidung kan..
Dekat Hidung plak letaknya Mata
Bila tanya staf dia cakap yang sebelah tu la Klinik Mata..
Laaaaaaaaa
OFTALMOLOGI tu mata ker.. 🤣🤣🤣🤣
Lain kali tulis la juga Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ke skit🤭🤭
Yang Klinik Mulut & Hidung ada tulis
Yang Oftalmologi tu hanya tulis bahasa medic
Mana aku faham😁😁
Actually HUKM Eye Centre tu ada tulis
Tapi belah dalam
Masa aku ngan mak aku lalu situ nak cari tu
Kebetulan pintu tertutup
Memang x nampak la🤣🤣🤣
So, lain kali kalau nampak Oftalmologi tu mean 👀 la yer...
👁️👁️


Ni hari Jumaat semalam
Lepas doc call
Terus gi HUKM

Orang x ramai sangat
Abang drop kat lobby
Pastu abang kata nak gi tungg kat stadium
Nanti kalau dah siap abang soh call

Berdebar juga nak jumpa doc ni
Harap2 nanti ada doctor pelatih ker yang handsome2.. 😁
Bukan nak  ngorat sbb tahu depa doctor ka.. xakan nak pandang muka kentang macam haku ni.. Dah la mata cemey sebelah🤣🤣
Tapi kalau kena doctor pelatih yang muda & handsome baru semangat skit & x lah takut sangat..
🤭🤣🤣🤣

Pastu doc yang check semalam tu panggil & perkenalkan denga doc lain plak dr Anis namanya
Doc Anis tu lembutnya suara & sangat sopan bila bercakap
Hilang rasa takut
Doktor Anis cakap, beliau dah baca laporan rawatan semalam & beliau cakap x boleh tunggu sampai 2 minggu dah sebab mata aku dah bengkak besar & dah lama
Doc Anis kata advance kan next appointment dari 17 Jun kepada 11 jun plak
Kena beli ubat baharu untuk kurangkan bengkak
Kena selalu tuam & massage supaya begkak x merah
Make sure  x merah pada 11 Jun ni supaya boleh buat minor surgery tu
Lepas check mata
Buat bayaran ubat
Kena  gi beli ubat tu kat famacy di lobby keluar

Setiap kali baca OFTALMOLOGY
Mesti senyum
🤭🤭🤭🤭


Kena letak surat ubat tu lat farmacy atas ni dulu
Pastu gi buat bayaran kat kaunter bayaran x jauh dari farmacy ni
Pastu turun gi amik ubat kat Farmacy depan Lobby nak keluar tu

Kalau dulu kerusi sspanjang lorong ni penuh dengan orang duduk menunggu
Now sejak Covid 19 melanda
Kena ada social distancing
Yang kerusi tanda X xleh duduk
Supaya ada distancing..
Dalam 11.45 semua dah settle
Terus abang hantar gi umah Auni plak
Nak kuar makan
Berdebar nak tunggu 11 Jun...
Takut....
Hari tu masa gi klinik yang ke-2
Doktor ada tunjukkan alat untuk buang ketumbit kecik
Kata doktor tu boleh jer search kat youtube
Cari Chalazion Surgery
Bila tengok kat youtube CHALAZION SURGERY... kat sini....
Ngeri weiii



17 comments:

  1. Hehehe, comel betul part tersesat tu ye hahaha. Semoga sembuh mata tu, ^_^ Nampak teruk juga inflammation tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas doa yang baik untuk kiter...
      Nenek cakap merah tu maybe kiter ada termakan makanan yang menyebabkan gatal

      Delete
  2. Salam Adik, semoga cepat sembuh sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis anna...
      Terima Kasih atas doa..
      Semoga. الله mengurniakan juga kesihatan yang baik untuk sis

      Delete
  3. Kesiannya Dik Cella,Aunty baru baca entri ni...
    Apa yang Dik Cella hadapi tentang mata sama sebijik macam anak Aunty.Anak jadi ketumbit mata,kemudian,membengkak,kejadian masa awal bulan Mac,Masa tu anak Aunty kat Perlis(belum pkp).Buat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.Alhamdulillah dah okey...Dik Cella jaga makan tau dan kena berpantang.Semoga mata Dik Cella kembali pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish...
      Rupanya memang ada juga kes macam ni ek.. Kiter takut sangat ni.. Bila dengar ada kes sama & sembuh.. Lega sikit..
      Alahamdulillah anak aunty dah sembuh..Doakan untuk kiter plak tau

      Delete
    2. Maap ank akk umur berapa.. Ank sya umur 3thn.dy bgkak kt dlm kelopak mata. Dr bg ubat ap ya

      Delete
  4. Hai awak, saya nak tnya berapa kos untuk operate buang ketumbit ye selalunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini di hospital kerajaan.Percuma,taoi ada jugak la sesetengah ubat kita kena beli sendiri dekat farmasi.Kalau dekat swasta saya tak pasti kos nya

      Delete
    2. Terima kasih awak. Haritu pergi klinik swasta tanya kos operation, dokter tu cakap anggaran rm4k. Terkejut jugak la hihi tapi kalau hospital kerajaan free, alhamdulillah lah 🥺🥺

      Delete
    3. Update...saya mak Cella..
      Hari ini 13 Januari 2022..buat surgery anak bujang ...sebab dah lebih 18 tahun tak boleh guna GL saya.Kena bayar..Hanya RM55 @ HUKM....
      Sangat murah kan...
      semoga membantu sesiapa yang nak tahu kos @ hospital kerajaan..

      Delete
  5. Salam awak, last sekali buat operation tak? Macam mana boleh baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply..
      Saya mak Cella..

      Last sekali doc buat minor sugery..
      Alhamdulillah sekrang dah sembuh
      Cuma ada sikit kesan kesan parut pada kelopak mata..Parut yang minima sahaja...
      Alhamdulillah...lepas surgery..ambil masa dalam satahun juga untuk betul-betul sambuh..

      Delete
  6. Assalamualaikum, boleh saya tahu.. mata saya sebelah kiri yang sakit.. kiri bahagian atas, so kalau picit ubat tu bahagian atas juga ke? atau bahagian bawah juga.. saya tak faham sangat nak buat mcm mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti mata encik ishraq chalazion atau bagaimana..
      Cuma kalau chalazion ni memang kena picit ubat tu dalam mata.

      Sebaiknya masa nak tidur.Buka mata dan picit ubat tu dalam mata.Memang macam pelik kan..tapi memang picit dalam mata.Ubat tu kan rupa isinya lembut macam vaseline kan...Pejam mata sambil baring dan biar ubat tu dalam mata.Mata memang akan sememeh.Nanti dia akan kelur sisa macam taik mata.

      Apapun lebih baik encik rujuk doctor

      Delete
    2. Ya, saya dapat sama ubat macam dalam gambar tu.. Itu la, saya dah cuba letak dalam mata.. memang rasa tak selesa 😅 harap la makin sembuh .. InshaAllah

      Delete