Monday, 1 June 2020

BISKUT KELAPA NOSTALGIA AIDIL FITRI 2020 (PKPB-COVID 19)

Kerana tahun ni raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) Covid 19
Semua orang pun stay @ home
Semua orang banyak free time
Leisure time
Puasa makan seadanya..
Tida Bazar Ramadhan
Tiada Pasar Malam bagai
Hanya  ketua rumah boleh keluar beli barang keperluan
Hanya keluar seminggu sekali sahaja

Mak aku kata nak buat Biskut Kelapa Dolu-dolu
Kata mak aku biskut raya dolu-dolu sempoi jer bahannya & bentuknya
Mak aku kata jarang ada biskut yang salut coklat bagai
Basicnya semua sama & nak kasi lain nama just tambah bahan lain.
Tambah kacang jadi lah Biskut Kacang,
Tambah kelapa jadilah Biskut Kelapa
Kalau nak rasa coklat hanya guna serbuk koko
Hiasan biskut raya mak aku kata hanya guna ceri merah, ceri hijau, kismis dan  kekacang jer
Kata mak aku biskut raya hanya digemari kanak-kanak & remaja
Orang dewasa macam nenek akan buat kuih tradisional seperti dodol, wajik, putu kacang, putu beras, kuih karas etc
Mmmm... Patut la dolu2 masa aku kecik lagi nenek selalu masak dodol sendiri
Kuih karas, baulu, putu beras & kuih apa lagi ntah yang aku x ingat nama
Tapi sejak beberapa tahun bila dah masuk sekolah menengah dah x nampak nenek kacau dodol lagi dah
Achik dah x benarkan nenek kacau dodol & buat kuih muih lagi sebab takut nenek demam masa hari raya
Pernah beberapa kali nenek demam masa raya kerana penat kacau dodol
Bila nenek demam x best la ray
Sebab tu Achik dah x kasi nenek masak kuih muih lagi dah kecuali ketupat
Apa erti banyak kuih & dodol bagai kalau nenek dah demam..
Tahun ni nenek cakap nenak hanya beli beberapa jenis kuih tradisional untuk raya
Pastu buat ketupat.
Pastu pagi raya video call
Mostly memag beraya tanpa balik kamoung tahun ni kerana PKPB- Covid 19


Biskut kelapa nostalgia in the making


Memang rupa dia klasik & nostalgia la😁🤭
Simple & ada ceri

BISKUT KELAPA NOSTALGIA
1 ketul butter (250gm)
1 cawan gula icing
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu esen vanila
1 cawan kelapa kering
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
1- 1 ½ cawan tepung gandum ikut keras
(adjust ikut keperluan)
Ceri merah - potong 12

1. Mix butter & gula
2. Tambah telur & esen vanila
3. Masukan kelapa kering, tepung jagung & tepung kastad
4. Tambah tepung gandum ikut lembut agagagak boleh diterap
5. Canai anggaran ½cm & terap
6. Hias ceri & bakar 20-25 minit suhu 180
7. Sejukkan atas redai sevelum simpan dalam bekas kedap udara


2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swlamat Hari Raya... Tq.. 🌹🌹🌹

      Delete