Thursday, 18 June 2020

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA(PKPP-COVID 19)

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama الله, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Catatan ini khas sebagai tanda syukur الحدالله...
Atas segala nikmat & rezeki yangالله turunkan terus kepadaku & keluargaku & juga yangاللهsampaikan melalui orang lain yang dikongsikan kepadaku


Antara rezeki yang tidak disangka... 
Sangat tidak disangka
Sangat beerti untuk aku
Disaat aku sangat memerlukan... 
الله kirimkan rezeki melalui hambanya yang lain.. Dari sember yang tidak pernah aku terfikir.. 
1 jumlah yang sangat besar untuk aku
Seumur hidup aku belum pernah aku dapat hadiah sebesar ini
Dari seorang pembaca setia blog namakucella.. 
Yang memang aku x pernah kenal
Tak pernah jumpa
Tapi beliau pernah tinggalkan jejak diruang comment
Aku dihubungi melalui email & minta no akaun  katanya nak tunaikan hajat untuk kongsi rezeki denganku kerana aku berjaya dalam permohonan UPU d diterima masuk ke salah sebuah universiti awam yang akan mula daftar bulan Ogos nanti
Kerana aku belum ada akaun bank, maka aku bagi nombor akaun abang. 
Aku sangkakan mungkin rm50
Tapi 15 Jun ketika hampir maghrib.. bila dapat email beserta resit ni
Demi Allah aku sangat terkejut & speechless
Hamba Allah yang pemurah ini menghadiahkan satu jumlah yang besar sebagai hadiah kepada aku




Ku simpankan kiriman email dari hamba Allah yang pemurah itu di sini
Sebagai kenang-kenangan & sebagai tanda aku sangat menghargai pemberian tersebut. 
Planing aku nak buka akaun Bank Islam untuk kemudahan pinjaman PTPTN nanti
Sebahagian lagi nak buka akaun Maybank  kerana aku belum ada akaun bank. 
Heee.. Jangan kutuk aku kerana x pernah ada akuan bank.. 
Baca dari group senior, dorang suggest buka akaun Maybank sebab ATM x jauh ngan kolej kediaman nanti.. 
Senang skit kalau mak aku kirim duit nanti
Lagipun, kalau aku buat buka akaun, guna duit  ni... sampai bila-bila aku boleh ingat.. 
Kemudian duit tu sebahagian akan aku gunakan untuk persiapan mandaftar sem 1 nanti. 
Entri ini dah masuk 3 hari aku cuba karang
Berkali karang
Berkali juga delete
Berkali tak tau nak tulis macammana.. 
Hanya aku mohon agar الله mengurniakan rezeki yang berlipat ganda & dirahmati الله dalam kehidupan dunia dan akhirat kepada hambaNya yang baik hati ini. 
Aku tidak mampu untuk membalasnya
Benarlah pantun lama... 

Pulau Pandan jauh ke tengah, 
Gunung Daik bercabang tiga, 
Hancur badan dikandung tanah, 
Budi yang baik dikenang juga. 








No comments:

Post a Comment