Monday 22 June 2020

KUIH BULAN / MOONCAKE HARI TERAKHIR SYAWAL (PKPP-COVID 19)

Dah masuk 1Zulkaedah 1441 dah pun
Haaaa cam bagus hafal tarikh hijrah
Sebenarnya sebab  maghrib tadi last dah Syawal 1441
Makan hari ni dah kira 1 Zulkaedah la
Bulan depan dah masuk bulan terakhir kalendar Islam iaitu bulan Zulhijjah 1441
Bulan Raya Haji
Rasanya macam tahun ni Raya Haji akan lebih meriah
Sebab hari tu Raya Puasa suram ssbab Covid 19..
Haaa....actually menyebut bulan itu dan bulam ini ada sebabnya


Sabab  ni la

This is Mooncake
Kuih Bulan


Selalu dengar je nama Kuih Bulan
Tapi x pernah makan
Selalu nampak kat supermarket @ mall ada jual Kuih Bulan ni
Tapi x pernah beli sebab dah tahu yang tu non muslim product
& tak pernah terfikir nak makan pun
Coz dah mind set itu ialah makanan perayaan Kuih Bulan masyarakat Cina


But... This is Muslim product
Kuih Bulan buatan orang Islam


Selalu Kuih Bulan yang orang Cina buat  tu corak dia tulisan cina la
& tau tau apa maksud tulisan tu
Maybe doa atau kata-kata yang baik kot

Tapi yang ni tulisan
Selamat Hari Raya..
Haaaa... Meraikan hari terkahir Syawal
Makan Kuih Bulan

Mak aku yang beli
Petang pukul 5 camtu mak aku soh kakak gi tunggu kat Pondok Jaga
Ada orang cod Kuih Bulan
Mak aku yang order
Order dalam group komuniti
Sejak2 PKP ni dah macam-macam mak aku order
Sebelum ni xde nampak pun mak aku nak beli makanan by online & cod

Ada 3 flavour
Yang hijau tu Pandan
Yang pink tu Kacang Merah
Yang orange tu mix kacang merah & pandan

Aku suka pandan flavour


Kakak suka Kacang Merah
Mak aku plak suka mix
Masa tengah makan abang balik dari service kereta
Masuk jer dalam rumah abang nampak kitorang makan kuih bulan ni
Abang terus amik seketul whome mooncake ni & terus gigit
Baru sekali gigit, muka abang dah berkerut..
🤭😂🤣🤣🤣🤣
Jadi bahan laaaaa
Pastu abang terus jadi anak soleh
Nak suapkan mak aku
Mak aku xnak
Abang terus tukar plan
Jadi abang yang manja-manja
Nak suapkan aku..
Hahahaha... Memang tak laaaa😁


Kuih Bulan ni bukan orang makan macam makan cekodok sampai kenyang...
Kalau nak makan dia kena potong amik makan sikit-sikit sebab manis macam dodol
Moral of the story... is.. JANGAN TAMAK    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣


No comments:

Post a Comment