Friday, 5 June 2020

AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK STYLE IFTAR PUASA 6 (PKPB COVID 19)

Puasa 6 masuk lastday..
Yewww... Dah 6 hari puasa 6
Raya dah masuk 12 Syawal
Bulan Jun dah masuk 4hb
9hb nanti akan tamat PKPB
Kalau kira dari awal PKP1, hari ni dah masuk dekat 3 bulan dah sejak 18 Mac 2020

Untuk iftar puasa 6 ni mak aku masak
Ayam Goreng Berempah Mamak style

Aummmm bau dia harum 1 rumah


Dah lebih 3 bulan x makan kat mamak
Rindu nasi lemak ayam berempah mamak style

Minta mak aku masak nasi lemak sekali
Sebab nak feel makan ngan Ayam Berempah ni
Walaupun mak aku cakapnxde timun
Ok jer
Sebab bukan nak makan timun tu
Tapo nak ayam dan nasi tu



Nasi Lemak Kukus


AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK STYLE
10 ketul ayam
5 pelepah daun kari
2 sudu tepung ubi/tepung beras
1 sudu serbuk cili
2 sudu teh garam
Minyak untuk goreng

Bahan Blend (jangan terlalu halus)
1 bawang besar
5 bawang putih
10 cili kering
5 batang serai-kerat-kerat ½cm
5 hiris lengkuas
1 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan manis

1. Gaul bahan blend dengan ayam. Tambah serbuk cili, garam dan tepung ubi
2. Perap ayam ssmalaman dalam peti ais @ sekurang2nya 1 jam supaya rasa rempah diserap ayam
3. Panaskan minyak banyak & goreng ayam berperap hingga garing.
4. Sebelum angkat masukkan daun kari dalam gorengan ayam
5. Toskan minyak & hidang panas-panas



Perap ayam dsngan bahan blend


Daun kari


Ayam Goreng Berempah mamak style panas-panas
1 rumah bau macam restoran mamak


Dessert makan buah mangga lagi
Sementara mangga tengah musim & x mahal sangat

4 comments:

  1. Sedapnya ayam goreng..sedap..sedap..sedap
    Check email ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee sedap sedap sedap
      Macam Upin IpinπŸ—πŸ—πŸ—

      Kiter dah reply
      πŸ™ˆπŸ™ˆ

      Delete