Friday, 5 June 2020

LASTDAY PUASA 6 2020 (PKPB COVID 19)

Khamis  lastday Puasa 6
Yeyyyyy....
Jumaat dah boleh raya lagi sekali
Hihihihihi
Actually nak habiskan juga puasa 6
Sebab hari ni Jumaat dah janji nak keluar ngan Auni & Karthik..
Auni ngan Karthik janji nak belanja makan sempena UPU dah diumumkan..
Auni & Karthik memang x mohon UPU sebab dorang nak study kat swasta
Dorang dah masuk sebelum UPU keluar lagi
Auni kat UniCorp Cyberjaya
Karthik kat UniKL
Aku memang mengharapkan IPTA la sebab kerajaan..
Kalau swasta... Memang x mampu.. Mahal weiiii
Hari Rabu UPU result keluar &
Alhamdulillah.... berjaya
Sebab tu dorang nak belanja aku makan
Rezeki jangan ditolak kannnnn
😁😁😁


Semalam nyer iftor lastday puasa 6
Aku request nak makan mee goreng basah ni dah lama
Tapi mak aku kata xde stok mee kuning

Puas hati dapat makan Mee Goreng Basah ni panas-panas..
Perah limau
Gaul berasap
Pergh....
Nikmatnya....

Ni 2nd round nyer😁
Mee dah gelap skit sebab dipanaskan 2x dah
+ telur mata
Tapi xde rupa mata sebab telur tu pecah..
Heee. Saper cakap goreng telur tu senang?
Mana ada senang, kalau x yer yer boleh jafi x syantik oooo

MEE GORENG BASAH
1½ bungkus mee kuning
1 cawan isi ayam gaul sikit garam
1 cawan daging siap rebus & hiris
1 kiub ayam
3 pokok sawi
2 biji buah tomato-belah 8
1 cili merah - hiris nipis
4 sudu minyak
3 bawang putih
¼ cawan kicap manis
¼ cawan sos tomato
¼ cawan sos cili
¼ cawan sos tiram
¼ cawan cili blend
Daun sup & limau hiris

1. Panaskan minyak & tumis bawang putih ketuk
2. Masukkan isi ayam & goreng hingga masak.
3. Tuangkan cili  blend & masak hingga naik minyak
4. Masukkan, daging hiris, sos cili, sos tiram sos tomato & kiub ayam
5. Biar mendidih & pekat
6. Masukkan air rebusan daging & buah tomato serta batang sawi.
7. Masukkan mee yang sudah dibasuh & biar mendidih  sambil direnjis kicap
8. Jika kuah kering sebelum mee lembut, tambahkan sikit air.
9. Masak hingga mee lembut & pekat serta sesuaikan rasa
10. Tabur daun sup & perahkan limau sebwkum makan



Kakak tengah cedok mee sebab dah nak azan

Sorang sepinggan mee goreng basah
Air....
Minum air kosong jerk

Ada cheese cake..
Bau dia harummmmmmmm
Actually kek ni beli masa balik dari HUKM
Pepagi Khamis gi klinik sebab mata makin bengkak & merah
Sekali doktor cakap kena gi hospital coz dah besar sangat bengkak mata
Doktor buatkan surat d suruh bawa ke klinik mata
Gi HUKM bahagian Klinik mata
Ada 3 orang doktor dalam bilik satu tu
2 India & 1 Melayu
Aku dengar dorang bincang cakap pasal mata aku ni memang jarang kes besar macam tu
Biasa kecik je
Tapi ni chalazion jenis besar
Dorang pun macam x pasti jer
(🤭🤭memandai jer aku cakap dorang x pasti)
Tak banyak sangat doktor check
Tapi banyak soalan & banyak la catatan yang doktor tu tulis pada file aku tu
Tiga2 doktor tu pakat pegang & picit-picit benjol kat mata aku..
Sakit wei..
Tapi bukan doktor jer
Kawan-kawan aku mana yang jumpa mesti geram nak pegang sebab benjok kat kelopak mata aku tu macam bergayut & merah plak
Tapi aku memang x kasi pegang la...
Bahaya nanti infection..
Doktor aku kasi la pegang dah dorang tu doktor kan..


Sebeban ubat untuk ditelan & cream untuk sapu & ada juga ubat titis
Lagi 2 minggu appoiment lagi..
Sebab doktor nak tengok perkembangan
Kalau bengkan surut mungkin akan terus makan ubat
Kalau x...
Alamatnya kena surgery la...
Takut weiiiii


Ha.. Masa balik dari HUKM sampai rumah dah dekat azan asar..
Sebelum sampai rumah singgah beli kek ni & beli lemang sebab esok nak raya puasa 6
Masuk rumah lagi beberapa minit nak azan asar..
Kelam kabutlah
Habis zohor, azan asar dah pun
Terus solat asar teruskan
Pastu Zzzzzzzzzzz
Penat wei dari pagi gi klinik pukul 10
Pastu gi HUKM
Pukul 5 baru dapat landing


Ops.. Buah nangka pun ada beli juga


Ok dessert kali ni bukan lagi buah mangga
Tapi dah ganti buah nangka
Still kuninggggg
😅😅😅

5 comments:

  1. Hopefully takde yg serius dgn mata cella. Makesure mkn ubat tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah harap-harap akan sembuh seperti asal

      Delete
  2. Tahniah, Cella.. dapat UPU. Tak sabar aunty nak tunggu Cella update dapat kat mana, atau aunty tak perasan Cella ada beritahu di mana2 posting.

    Pasal mata tu, dulu kwn aunty ada kena. Kalau samalah kan, memang kena operate, baru settle. Apapun jgn risau, sbb minor saja, insyaAllah, tak ada apa2 yg membahayakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ aunty SKDTJ..
      Memamg belum tulis ada postkng khas pun pasal UPU. Heee😁
      Alhamdulillah terima tawarann dari salah sebuah Universiti Awam.. Nanti pasni kiter tulis & siap ngan throwback video interview online masa PKP sekali..

      Pasal mata tu memang doc pun cakap kena buat minor survery tapi doc kata kena swlalu tuam untuk kurangkan bengkak
      Anyway tq tau.. 🌹

      Delete