Thursday 11 June 2020

CATATAN SEPANJANG WABAK COVID 19 MELANDA DUNIA


10 Jun 2020(Rabu)
Bermula fasa baharu
Fasa Pemulihan
2 hari lepas PM umumkan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir 9 Jun iaitu semalam..
Hari ini 10 Jun semua aktiviti yang menjafi larangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan & Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat telah dibuka & dibenarkan semula
Ini kerana wabak Covid 19 di Malaysia sudah menunjukkan
Mulai 10 Jun dinamakan Perintah Kawalan pemulihan (PKPP)
Walaupun masih ada nama perintah
Tetapi semua aktiviti sudah dibenarkan
Cuma semua orang perlu menjaga disiplin diri & mematuhi SOP.
Semua kena jaga diri sendiri
Rentas negeri yang menjadi larangan keras juga sudah dibenarkan mulai 10 Jun
2 hari lepas sebaik sahaja PM umum PKPP
Nenek kelam kabut call
Nenek terus tanya bila nak balik kampung?
🤭🤭🤭🤭
Heee walaupun dah boleh balik kampung tapi aku plak ada appointment HUKM 11 Jun..
Mak aku pun cakap dah dipanggil balik stesen untuk bekerja kerana bermula 10 Jun semua dah balik keadaan sediakala..
Nenek dah beberapa kali tanya bila nak balik kampung
Hahahha🤭🤭🤭
Tak pernah lagi x balik kampung lebih 3 bulan
Tapi memang belum boleh balik lah
Mak aku cakap dah dipanggil balik stesen
Abang plak cakap minggu depan dah kena panggil balik sambung kelas kat akademi
Aku plak esok ada appointment HUKM nka surgery mata
So... belum la boleh balik kampung
In  Sha Allah...paling lambat pun Raya Haji nanti akan balik juga
Tak lama dah
Hujung bulan depan dah Raya Haji
Itupun jika wabak Covid 19 ini semakin hilang & sebaiknya lenyap terus..
Semoga الله melindungi kita semua dari wabak Covid 19 yang pernah menggemparkan seluruh dunia


Biarlah Civod 19 ini terus menjafi sejarah yang xkan berulang lagi,
Yang pasti akan tetap diingati oleh seluruh masyarakat dunia termasuk juga aku
Ku simpankan dalam catatan diary maya ini sebagai kenagan
Tengok dalam FB ramainya orang share post dari brother army ni..
Tumpang share juga kat sini..
Aku xde acc FB
Aku pinjam post & pic untuk simpan kat sini...
Kredit post & pic dari FB brother ni
Kena bagi kredit sebab bukan senang nak kumpul pic semua ni
Aku just c&p jer nak tumpang simpan buat kenangan & sejarah



2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 

FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020 

FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020 

FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020

FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)

FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)


*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome 
#DudukRumah 
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe 
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing 

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.




































Biarlah gambar-gambar ini menjadi tatapan masa depan sebagai rujukan
Mahu atau tidak, kita terpaksa membiasakan dengan normal baharu dalam kehidupan walaupun sudah boleh menarik nafas lega kerana Malysia sudah hampir bebas daripada Wabak Covid 19.
Semoga kita semua dalam lindungan lasih sayang االله

2 comments:

  1. Replies
    1. Kan..
      Huhuhu...
      Alhamdulillah sekarang dah ssmakin pulih.. Semoga الله lindungi kita semua

      Delete