Saturday 28 March 2020

NIKMATNYA MAKAN AYAM MASAK KICAP- PERINTAH KAWALAN PERGERAKANGCOVID 19 - DAY 11

Dah masuk day 11 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Petang semalam semua orang berdebar tunggu PM kat TV
1 Malaysia kecoh pasal Makcik Kiah
Makcik Kiah tu PM sebut bagi contoh pasal apa ntah..
Pasal bantuan kepada semua orang la sebab Perintah Kawalan Pergerakan ni kan kebanyakan orang xleh gi kerja.
Pastu adalah PM bagi contoh Makcik Kiah..
Aku pun x faham sangat contoh apa yang sebut tu..
Tapi dengarlah nama Makcik Kiah tu
Tapi amik pot jugalah sebab PM sebut Makcik Kiah tu ginggal kat PPR Desa Tun Razak.
Haaa.. PPR Desa Tun Razak tu aku tabu la dekat ngan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan tu..
Tapi aku x pernah la gi PPR Desa Tun Razak tu...
Pergi Stesen LRT tu selalu la..
Memamg tepi PPR Desa Tun Razak pun..
Sekali habis semua lak kecoh pasal Makcik Kiah tu siapa..
Hahahaha...
Dalam TV dalam social media pun semua beboh kaitakan Makcik Kiah..!
Sebelum dsngar pengumuman PM tu semua pakat lunch..
Biasanya kalau hari Jumaat abang akan balik hantar makanan ke air ke kat aku
Sebab Jumaat kan lunch hour panjang
Biasanya abang akan balik jap pukul 12 tu & keluar gi masjid  & terus masuk akademi
Tapi dah 2x Jumaat semua masjid seluruh Malaysia dilarang buat Solat Jumaat berjemaah sebab Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19 ni la
So, lepas lunch mak aku pesan nanti set reminder kat TV  pukul 3 petang buka TV3 nak tengok pengumuman penfinv dari PM..


Mak aku masakk Ayam Masak Kicap untuk lunch
Ya Allah, nikmatnya dapat makan ayam..
Dah lama x dapat makan ayam
Last makan ayam minggu lepas
GULAI AYAM + TELUR... kat sini
Itulah ayam terakhir yang ada dalam peti ais. Selepas tu dah xde lagi dah ayam & dah xde siapa keluar rumah kerana sejak 18 Mac memang kitorang patuh Perintah Kawalan Pergerakan
Cuma semalam abang keluar awal pagi pergi KK nak cari mask
Sejak minggu lepas memang semua farmacy & kedai kat pekan ni keha isan stok face mask
Abang kata dapat info KK ada restok mask
KK tu x jauh pun dari rumah..
Sekajapan jer abang dah balik cakap KK bagifau face mask tu malam tadi lagi dah habis
Tapi sebab dekat KK tu ada kedai jual ayam
Maka abang beli sekor ayam
Mak aku buat masak kicap pedas

AYAM KICAP PEDAS
1/2 ekor ayam
2 biji kentang
5 cilin padi
1 sudu teh pes asam jawa
1 bawang besar hiris bulat
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar rempah masak kicap
minyak
Bahan Blend
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Ayam digaul garam dan serbuk.kunyit
2. Goreng ayam sekadar untuk baginmasak..Tak perlu garing
3. Kentang potong bulat dan goreng
4. Panaskan 3 sudu minyak dak tumis rempah masak kicap..Kalau xde rempah masak kicap gantikan dengan rempah tumis sup tulang.
5. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
6. Masukkan kicap manis dan pes asam jawa yang dibancuh bersama 1 gelas air..biar mendidih.Masukkan juga cili padi
7. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng..
8. Bila nampak pekat sesuaikan easanya..
9. Sebelum matikan api masukkan bawang besar,daun sup dan daun bawang

Resipi ni c&p jer dari post AYAM MASAK KICAP PEDAS... kat sini

Ni pic Ayam Masak Kicap Pedas ikut resipi di atas tu.. 

Tapi hasil Ayam Masak Kicap Pedas mak aku hari ni macam ni... 🖕
Sebabnya mak aku kata xde tomato, xde daun bawang & masak pun ala kadar.
Ala kadar tu apa?
Ala kadar tu macam seadanya jer la...
Tapi semua makan dengan penuh nikmat sebab dah jarang dapat makan ayam kan...
Sebelum ni asyik makan ayammmmm jer ssbab mak aku akan selalu masak ayam coz abang x makan ikan
Now bukan la xboleh suruh abang beli ayam tu banyak semalam tu
Tapi mak aku cakap xde tempat nak simpan..
Peti ais rumah kotorang bukannya besar sangat.
Plak tu sejak panic buying hari tu freezer dah penuh ngan sosej, daging burger,meatball, & beberapa lagi frozen food.
Ruang frozen pun bukannya luas..
Dah peti ais pun mak aku cakap mak aku beli masa zaman aku belum sekolah lagi.
Mak aku kata masa tu dah kira besar ssbab kitorang semua kecik lagi
Now peti ais tu dah jadi kecik sebab kitorang dah besar.. Hahahhaha
Sebelum ni cukup jer besar tununtul kegunaan sebab boleh beli barang basah anytime..
Now bila panic buying..
Beli macam-macam sumbat peti ais
No space for chicken..
Ayam bukan boleh letak kat rak bawah nanti rosak..

2 comments:

  1. Didn't get what about makcik kiah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik Kiah tu PM yg sebut
      Masa bg contoh cara nak kira duit apa ntah PM petik nama Makcik Kiah sebagai contoh🤣🤣

      Delete