Wednesday 2 October 2019

TELUR IKAN MASAK LEMAK CILI API

Telur Ikan Masak Lemak Cili Api
Bersama Kacang Buncis


Telur Ikan Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis
Mak aku masak semalam
Eh, semalam punya semalam



TELUR IKAN MASAK LEMAK CILI API
6 ketul (+-450 gm) telur ikan
1/2 kotak santan
1 cawan air
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 helai daun kunyit
15 kacang buncis

Bahan Tumbuk:
7 cili api merah
1 ketul kunyit segar

1. Bersihkan telur ikan dan kukus 10 minit hingga masak.Kukus supaya bila masak twlur tidak hancur(hasil kukus lebih cantik berbanding direbus) 
2. Masukkan bahan tumbuk, garam, asam keping, air dan masak hingga mendidih
3. Bila mendidih masukkan telur ikan yang susdah dikukus & kacang buncis
4. Masukkan santan dan kacau perlaham supaya telur tidak hancur
5. Masukan daun kunyit simpul dan sesuaikan rasanya.. 



Mak aku juga goreng ikan masin
Ikan Masin ni Achik yang bagi
Acik beli kat Pasar Malam Kubur Panjang
Untuk bawa balik kL


Untuk aku goreng papadom
Aku yang minta mak aku vorenvkan paadom untuk aku


Ni bukan kunyit
Bukan halia tau
Ni mak aku kata namanya TEMU PAUH
Mak aku beli kat Pekan Sabtu @ Pendang
Mak aku la suka sangat makan sebagai ulam..
Mak aku cakap sedap..
Kata mak aku rasanya macam cekur
Tetapi baunya macam buah mangga


Ni la Temu Pauh tu
Mak aku cakap khasiatnya untuk buang angin dalam badan
Hahahaha... kentut la tewwwww
Mak aku jer makan
Aku xnak  makan walaupun baunya sedap
Baunya memang macam bau buah mangga
Mak aku cakap sebab tu dipanggil Temu Pauh..
Pauh tu senonim untuk mangga la..
Sebelum ni pun dah pernah post about TEMU PAUH/TEMU MANGGA... kat sini
Bezanya old post tu temu pauh tu lebih mirip kunyit
Yang kali ni more to rupa halia..
Mmmm.. Mak aku cakap may be sebab tanah tempat tanam tu berbeza


Apapun Telur Ikan Masak Lemak Cili Api ni juga yang sedap walahpun pedas dia xleh bawa berunding

8 comments:

  1. Kecur aunty tengok telur ikan masak lomak cili api tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecur lagi kalau tengok asam pedas telur ikan yang bulat-bulat macam anggur tu

      Delete
  2. Salam hahaha awak dah makan telur ikan? Hahaha
    Sedapla.. temu pauh family of halia with more kebaikN.

    Best lauk masak lemak pedas Ada ikan masin goreng campur bawang..
    Papadom.
    Sepiuk nasi tak cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihiihi...
      Termakan juga 1 pc telur tu...
      Tapi kuah dia memang banjir laaaa... Aummm

      Delete
    2. Ngaku sajala... Sedap... Ambil seketul kuah banjir ..Alasan..hehe

      Macam...masa kecik.. sepupu berebut Cari petai dalam.sambal tumis makan tapi tak ngaku suka petai.. hahah malu malu le Tu..
      Hahaha

      Delete
    3. 🤭🙃🙃
      Syyyyyyyyy🤫🤫🤫🤫🤫🤫

      Delete
  3. ammi kalau telur ikan mesti digoreng. tak reti makan kalau dia lembik2 gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee... Selalunya mak kkter gorwng kunyit.. Tapo yang ni siyes x lembik... Coz mak kiter cakap sebab dah dikukus

      Delete