Tuesday 1 October 2019

KERABU PUCUK GELI-GELI

 Kerabu Pucuk Geli-geli
Haaaa... Kelakar kan nama dia
Pucuk Geli-geli
Hihihi....


Kerabu Pucuk Geli-geli
Mak aku buat Kerabu Pucuk Geli-geli

Nampak mak aku jer makan Kerabu Pucuk Geli-geli ni
Mak aku suruh Achik rasa
Tapi achik xnak...
Tapi nenek plak yang teringin nak makan
Mak aku x kasi nenek makan sebab taku side effect coz nenek masih demam
Tapi masa maghrib tu mak aku ngan achik ngan kakak gi balik kampung..
Tinggal aku ngan Aqil yang jaga nenek
Rupanya masa nenek kata nak gi toilet tu..
Nenek duduk kat meja makan & nenek makan Kerabu Pucuk Geli-geli ni..
enek kata nenek teringin nak makan kerabu sejak tengahari...
Tapi mak aku x kasi..
Huh... sib baik xde side effect..

Ni la Pucuk Geli+geli tu
Mak aku beli kat PEKAN SABTU @ PENDANG....


Rupa daun dia macam mix daun keladi & monstera pun ada


Pic Pokok Geli-geli ni download dari google. Tengok sumbernya dari FB Herba Nusantara..
Pinjam pic ni sebab aku memang x kenal pokok geli-geli ni..
Nenek cakap kat kampung nenek ada jer pokok geli-geli ni kat tepi sawah padi & tepi-tepi parit.
Kata nenek pokok geli-geli yang mida batangnya licin.. Manakala batang pokok yang sudah tua bewarna hijau gelap dan berduri
Tapi aku belum pernah tengok..

KERABU PUCUK GELI-GELI
2 ikat pucuk geli-geli
3 bawang merah- hiris
2 sudu kerisik
2 sudu serbuk beras goreng
(sangai 2 sudu beras & blend kering)
1 biji limau nipis - ambil jus
¼cawan santan pekat
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula

Sambal Belacan
5 cili padi
1 cili merah
1 sudu kecik belacan

1. Patah2kan pucuk geli-geli & ambil pucuk batangnya yang lembut sahaja
2. Rebus pucuk geli-geli hingga empuk dan toskan
4. Dalm bekas lain campur dan gaulkan sambal belacan, kerisik, garam, gula, bawang hiris dan masukkan pucuk geli2 yang sudah direbus
5. Perahkan limau dan taburkan serbuk beras goreng
6. Sesuaikan rasanya


**Pesan mak aku;
Pucuk geli2 perlu direbus anggaran 20 minit sehingga empuk untuk mengelakkan rasa gatal. Namun begitu gatalnya tidaklah zekuat gatal keladi.


1 ikat Pucuk Geli-geli ni harganya rm2
Achik soh beli 1 jer sebab mak aku sorang jer yang suka
Tapi mak aku amik 2 ikat coz mak aku kata susah nak jumpa
Mmmm... whatever lah....

Ambil pucuk dan batang geli2 yang lembut sahaja.
Batangnya hampir serupa dengan batang keladi..
Berongga dan ringan..


Basuh bersih


Jerang air dalam periuk atau kuali hingga mendidih dan masukkan sayur geli2 san biar mendidih lebih kurabg 20 minit
Pokok geli2 TIDAK BOLEH dimakan mentah kerana akan berasa sedikit gatal. Namun mak aku caka xdelah segatal keladi.


Gaulkan pucuk geli2 rebus dengan semua bahan dan sesuaikan rasanya


Kerabu Pucuk Geli-geli..

11 comments:

  1. Replies
    1. Heee.... Takpe kita gang remaja
      Sebab tu kita x kenal...
      Hahahaha...

      Delete
  2. First time tgk nie๐ŸŒน๐ŸŒน

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter pun sama..
      Tapi nenek cakap kat kampung ada jer..
      Mak kitwr pun cakap ada...
      Tapi kiter lum pernah tengok...

      Delete
  3. Dulu kat pasar kat kl Ada nyonyabsayur Jual. Dulu duluuuuu Ada Jual Di supermarket kat Jaya jusco.nampak.cantik je..haha tapi taktahu lak makan camna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... Mak kiter pun still sebut Jusco...
      Tapi now dah AEon da...
      Sis nor pun pernah makn ke sayur ni...

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan tapi daun nampak cantik je displayed kat jusco

    ReplyDelete
  6. Tak berani nk mkn..takut geli perut..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ baru tahu...pokok ni blih dimakan...pernah tengok pokok ni dlm belukar dan ditepi2 sungai...rupanys blih di mkn๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  7. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete