Saturday 12 October 2019

SERAWA LABU BERSAGU

Serawa Labu Bersagu
Mak aku masak


Labu Kuning
Maknaku cakap ada yang panggil Labu Kuning
Ada yang panggil Labu Lemak
Ada yang panggil Labu Manis
Tapi nenek panggil Pumpkin
Hahaha... Tapi bukan nenek aku la
Hihihi...



Mak aku cakap isi labu juga ada yang jenis kasar macam fiber
Ada yang jenis halus dan padat..
Nenek cakap jenis creamy
Pun bukan nenek aku yang cakap creamy tu
Kalau isi jenis creamy tu mak aku kata nenek sebut " la ik"
Kata mak aku orang Kelantan sebut "ley ik"
Haa... B
Mak aku cakap banyak juga persamaan bahasa Kedah & Kelantan.
Sebab kat Kedah pun bukan semua menggunakan bahasa Kedah pure
Macam kat kampung nenek bahasanya lain skit dari bahasa Kedah yang selalu didengar tu.
Ada juga perkataan & lenggoknya yang aku x faham + peliks jer bunyinya
Kata mak aku coz kebanyakan penduduk kampung zaman dolu berasal dari Pattani
Mak aku cakap dolu2 lagi pekat bahasa dialek Pattani ni kat kampung nenek.
Mak aku cakap bahasa orang-orang tua dahulu memang pekat dan lain bunyinya.
Contoh?
Contohnya;
menyetok =duduk
kubar = kerbau
lemu = lembu
mani =mandi
Seriyat = kurang
mengeroh =berdengkur


Hahahaha.. cukup... cukup
Bunyi memang peliks & aku x faham pun
Tapi mak aku kata now.. orang-orang muuda dah banyak yang x guna bahasa tu


Serawa Labu Bersagu
Pun ada yang panggil Pengat Labu
Kalau kat Indon mak aku cakap dorang.. Labu dipanggil Waluh
Hahaha jauh naw bunyinya
Memang lah jauh coz dipisahkan Selat Melaka.
Hahaha

SERAWA LABU BERSAGU
1/2 biji labu kuning (+- 1kg)
1 kotak kecil santan
1/2 cawan sagu biji
1 ketul gula melaka
1/4 cawan gula
1 sudu teh garam
1 helai pandan

1. Basuh dan rendam sagu biji 15 minit
2. Sementara tu potong labu d kupas
3. Masukkan labu & 5 cawan air & revus hingga mendidih
4. Bila mendidih masukkan sagu biji dan masak hingga mendidih dan sagu jadi jernih
5. Masukkan pandan, garam & gula
6. Masukkan santan dan kacau rata
7. Kecilkan api dan biarkan mendidih sekejap
8. Sesuaikan rasa & matikan api



Labu dikupas kulit


Rebus labu hingga mendidih


Bila mendidih masukkan sagu

Biar sagu masak d jernih

Masukkan gula, garam, gula, pandan dan santan...


Serawa Labu boleh makan panas-panas
Tapi mak aku cakap..
Serawa Labu ni lebih sedap dimakan selepas beberapa jam dimasak kerana lebih pekat dan rasa lebih sedap.


 Tapi sebab masa mak aku masak Serawa Labu ni memang hujan lebat giler
Memang sejukkkk
So, makan jer lah Serawa Labu Panas-panas
Everyday hujan lebat waktu petang hingga malam..


Serawa Labu vs Cream Creaker...
Haaa... Yang pasti ni bukan mangkuk aku..

8 comments:

  1. Orang utara memang panggil pengat ni serawa kan, mcm uncle pun sebut serawa.. Spt serawa pisang. Kalau Johorean, serawa tu maknanya durian yang dimasak dengan santan, makan dengan pulut atau biskut kraker, hehe. Aunty plak tak pandai makan dgn biskut, kalau serawa durian aunty makan dgn roti, serawa pisang atau labu mcm ni aunty makan begitu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp... Betul
      Coz nenek memang panggil serawa.
      Haa. Yang johorean cakap serawa tu pun mak kiter cakap serawa. Yang pisang, keledek.. Ubi & labu macam ni pun dipanggil serawa.
      Kiter pun x reti nak makan ngan cream creaker tu.. Tapi mak kiter segala macam pengat & bubur mesti makan ngan cream creaker.. Tak tau lah apa yang sedap sangat.. Hahhaha

      Delete
  2. Dik cella my favourite..yummm

    Kalau kenyal kenyal lagi sedap.baru buat pakai squash three weeks ago.

    https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain

    Wan Ahmad al-Fathani ..
    Bila sebut pasal patani kat selatan Thai..orang Arab Saudi tahu.. DIA sebut Al fathani. But localised pronunciation bunyi lah pattani. Fa jadi pa.
    Sebut pattani terus DIA sebut oh Al fathani.

    DIA Kata Al fathani Nama tempat Di negara DIA. Sebab clan no ikut Nama group clan Dari tempat.
    So Dari sejarah pun perkembangan wilayah Islam Di celah celah pentadbiran purba hindu srivijaya zaman lembah bujang Dan Siam.. pedagang. India Arab datang.. zaman zaman ini..

    https://www.geni.com/people/Sheikh-Wan-Daud-al-Fathani-25/6000000001475962021

    So org Arab tau kewujudan Al fathani no..sebab Nama tempat Di Saudi. Dan clan YG berkait .memakai Nama tempat ...spt Al fathani.. . Al patani..

    APA YG terkurang Tu. Maaf sebab happened to know bila cakap dgn jiran Arab.sa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikgu Sejarah..
      Hahaha... Sis nor lebih sesuai jadi cikgu sejarah la.. Mesti student cepat faham..
      Tapi betul la.. Mak kiter cakap banyak sejarah belum dibongkar.
      Kalau gi muzium2 kat Kedah banyak sejarah Kedah yang macam x sama jer dengan dalam buku sejarah. Banyak pertumpahan darah keranan peperangan dengan pihak Siam yang kejam. Achik pernah bawa ronda kampung yang namnaya Kampung Pattani & ada juga kampung namnaya Kampung Majapahit.. Kata Achik kampung-kampung itu ada sejarahnya mempunyai nama sebegitu

      Delete
  3. Salam..

    Dah Tua nak jadi cikgu ajar sejarah. Battery lemah dah.. Maybe kena tulis buku sejarah ITU niat...la. haha

    Parameswara adalah putera Hindu Dari majapahit...
    Tapi Ada tulis Palembang. But keep the source open .. but a lot of record banyak ditulis Oleh Portuguese Dan record disimpan Di vatican.

    But then again banyak loots pillaging and shipped back to the mother country.

    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Parameswara_(king)



    https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Malacca_Sultanate


    Again satu ketika malay archipelago consists of tanah melayu,kepulauan Borneo, Philippines and sulu, Brunei,kepulauan melayu lingga riau, jawa, Sumatra Acheh etc. Those days takde immigrations law. Sesapa Naik je sampan kayuh. Atau belayar. Set up home. Sebelum kedatangan pedagang Dari India Dan Arab serta parsi, lembah bujang adalah tempat trade pedagang Dari India..China Japan and local archipelagoes region traders.joined later by Arab Dan parsi. Mereka tinggal until the next monsoon wind to sail home. So. Tidak mustahil jika banyak orang Dari kepulauan melayu jawa Dan Palembang pergi buat trade. Masa Tu portugis belum lagi maju. Trade routes still di kuasai Oleh pedagang Arab India Dan parsi.orang
    Parsi beliefs terbahagi Beberapa fahaman yakni zorostrian, shiah, Dan few more include Hinduism. So very hard to classify their religions then.

    So a lot of foreign trades those days Di Kota Kota lama Yang purba.

    Mereka berkampung Di sesuatu tempat..so no surprise la kalau Nama tempat dinamakan mengikut peristiwa..sejarah ..


    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Mount_Jerai

    Org belah utara suka letak biskut makan bubur ..pengat ..serawa..hehehe.my late aunt was one of them..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua berilmu xper...
      Semalam jumpa 1 artikel ni about orang Melayu nusantara dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan Islam & sebab itulah ulama timur tengah sejak zaman dahulu berlumba untuk datang ke nuantara

      Delete
  4. Sebab org.pedagang Arab travel ke china..beli shopping supplies.belerang etc they exchanged trades..

    Lepas Tu singgah juga Di Malay archipelago.. gugusan kepulauan melayu..sebab banyak rempahnratus..cengkih kunyit Bunga lawang etc etc..jual kat orang Europa. Lepas Tu org Europa nak potong middle trade nak price at source..Lepas nak free. Tu Yang datang merampok.
    Lepas Tu much later Portuguese Dan belanda datang..termasuk lah England.

    ReplyDelete
  5. https://id.m.wikipedia.org/wiki/Perdagangan_rempah

    ReplyDelete