Saturday 26 October 2019

MUFFIN PISANG BERANGAN

Muffin Pisang Berangan..
Semalam nyer
Dah beberapa minggu setiap petang hujan turun dengan lebatnya
Kadang-kadang guruh dan kilat sangat menakutkan.
Nak mandi pun malas sebab sejukkk
Heee... Tapi aku mandi juga tau

 Muffin Pisang Berangan
Sedap tau makan panas-panas waktu hujan

 Mak aku masak muffin ni
Sebab aku dah plan hari Sabtu nak gi study ngan Nad kat umah Auni
So, aku plan nak bawa muffin ni
Tapi ni mak aku la yang masak


Ni la pisang berangan
Yang hijau tu la pisang berangan
Yang bulat tu Buah Delima la.. 😅
Walaupun hijau tapi pisang tu dah masak sebab sudah lembut bila dipicit & baunya harum
Masa mak aku bawa balik hari Isnin tu pisang tu masih keras dan belum masak
Mak aku cakap Pisang Berangan tu Cik Jasminor kasi dengan Buah Kedondong yang dah mak aku masakkan PAJERI KEDONDONG... kat sini
Kalau tengok masakan mak aku banyak yang bahannya adalah pemberian dari orang.. Pisang.. Betik... Kantan... Ulam... Macam-macam lagi selalunya adalah dari sedekah.
Alhamdulillah banyak rezeki yang Allah turunkan melalui orang lain tetapi tetap sampai kepada kami
Semoga Allah menggandakan lagi rezeki orang-orang yang berkongsi rezeki itu
Begitu juga kepada sesiapa sahaja yang selalu mengirimkan doa-doa yang baik kepada alu & family samada secara terang atau secara sembunyi yang aku tidak tahu..
Huhuhu tetiba touching plak..


MUFFIN PISANG BERANGAN
1cawan pisang lenyek
1cawan brown sugar
2cawan self raising flour(tepung kek)
2 biji telur
1sudu teh soda bikarbonat
½sudu teh garam halus
½cawan minyak jagung
½sudu teh esen pisang

1. Campurkan pisang lenyek dengan soda bikarbonat & garam & biar 10 minit supaya pisang menjadi warna gelap
2. Pukul gula perang & telur.
3. Masukkan esen pisang & tepung sikit demi sikit
4. Tuangkan minyak jagung & kacau sebati
5. Panaskan oven 180° selama 10 minit
6. Isikan adunan muffin kedalam  setiap cup ¾penuh
7. Bakar selama 20-25 minit bergantung kepada saiz kuih

 Isi pisang ni sangat lembut & bau dia harum
Semalam aku makan sebiji pisang ni..
Sedap sangat & manis serta bau dia harum macam bau pisang..
Hahhaha.. xkan bau durian plak

 Masa lenyek warna dia kuning


Bila dah campur soda & garam biar lama warna dia jadi gelap

 Pukul telur & brown sugar

 Tepung kek.. Kena ayak sebab tepung tu dalam kotak dah berketul
Aku suka sangat kalau dapat ayak tepung..
Feel dia lain macam skit

 Gaul rata


 Aku suka bau esen pisang ni..
Tapi mak aku cakap x boleh letak banya sebab bau dia kuat....

 Tambahkan minyak jagung


 Gaul sebati

 Susun paper cup
Punya la banyak susun cup
Tapi bila isi... Dapat 10 cup jer 🤣sebab cup ni besar

 Ready to Bake


 Done.!!


 Harum satu rumah dengan bau muffin pisang


 Mak aku makan 1 jer..
Abang x makan pun


 Sedapp..

Nak bawa gi rumah Auni...

No comments:

Post a Comment