Friday 25 October 2019

BUN SARDIN BEKAL. KE SEKOLAH

Bun Sardin..
Sedang berposing ditingkap rumah aku berviewkan tasik & bangunan
Actually pic ni aku nak wat ig story  & nak. letak kat status whatsApp
Bekal aku hari Isnin
Haaa.... bekal nasi goreng bunga kantan dah potong que..
Patutnya post Bun Sardin ni dulu
Sebab nasi goreng tu bekal hari selasa..
Bun Sardin ni bekal hari Isnin
Mm.... xperlah...
Memang kat mana-mana pun ada jer kes potong Q ni.
Termasuklah dalam draff pun
Hahaahha..


Bun Sardin ni mak aku memang buat untuk bekal hari Isnin
Tapi mak aku masak hari Ahad,
So, hari Isnin x risau dah ada bekal
Heeee.... Aku pun suk sebab bekal Bun Sardin senang nak makan..
Kalau  pasta ke.. nasi ke kena guna sudu
Bun ni just pegang & gigit jer

Sebab dah letak kat status & story
Maka kawan-kawan aku dah tahu la bekal aku esoknya
Hari Ahad lagi dorang dah tahu esok aku akan bawa bekal Bun Sardin ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

BUN SARDIN... mak aku
1/2 kg tepung
1¼ cawan air suam
1 paket mauripan
2 sudu marjerin
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
** tambah 1/2 sudu teh
bread improve (jika ada)
untuk roti lebih lembut

INTI
1tin kecil sardin
1 bawang besar holland- cincang
2 sudu cili blend bersama bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu geh gula
1 sudu minyak

1. Masak inti dahulu. Panaskan minyak & tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan

2. Bancuh yis dengan 1/4 caaan air & 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati & sila ganti yis barul
3.Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam & masukkan bancuhan yis
4.Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam
5. Rehatkan 20 minit
6. Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong & sikan setiap bebola dengan inti sardin
7. Susun dalam tray & biar dough naik selama 1/2 jam
8. Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti & bake lebih kurang 20 minit
9. Bila masak angkat & sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk





Doh belum diisi inti
Tak sempat tengok masa mak aku uli coz tengah siapkan modul yang cikgu kasi
Banyakkkk


Inti sardin


Dah isi inti & sedang berehat


Masa rehat dah tamat...
Sila masuk oven

Setkan 20 minit..
Bye... nak kemaskan buku jap...
Nak mandi


Tinggggg....
Loceng dah bunyi..
Sila keluar dari oven itew.....
Aku pun dah siap mandi

My favourite part...
Haaa... kerja sapu butter on the top ni aku suka...
Siap pesan kat mak aku
Kalau aku belum siap mandi..
Tolong jangan sapu butter dulu
Aku nak buat...
Heeee.......



Haaaaa... Ploles gitew...
Yang berkilat tu dah sapu butter
Yang pudar tu belum sapu..
Ada beza laaaa..


Beradu dalam bakul
Tunggu esok untuk jadi bekal


Ops... bau dia memanggil aku
Huh.. Koyakkan panas-panas...
Snap pic jap
Pastu..
Ngapppppppp

2 comments:

  1. Serba serbi pandai la mak cella ni masak. Akak klau meroti ke, pau ke, donut je..selagi namanta kena guna yis tak brp rajin nak cuba.

    Nanti cella menuntut tau kemahiran masak memasak mcm roti, kuih2 melayu dari mak .boleh jadi punca pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee... kiter pun x minat nak cuba roti & kuih
      Tapi kiter lebih berminat masak keke & nak deco kek.. Minat jer lah tapi lum pernah try deco. Takat Basic Butter cake, cup cake & chocolate cake & banana cake yang simple tu pernah la masaj..

      Delete