Sunday 20 October 2019

SAYUR BROCCOLI TUMIS BAWANG PUTIH vs MASAK KICAP IKAN BILIS

Sayur Broccoli Tumis Bawang Putih
Ni la sayur favourite aku
All time fav..
Kalau mak aku masak sayur ni aku boleh ratah habis semangkuk pun
Sebab sedap


Sayur Broccoli Tumis Bawang Putih ni bukan sahaja fav aku..
Tapi fav semua pun..
Abang pun suka
Kakak lagi la... Dia boleh kutip semua crispy garlic tu makan dengan feelinya
Tapi kalau tengok kakak makan kan... Kakak tu makan memang lambat giler & giler..
Agaknya sambil makan sambil kakak kita butir-butir nasi tu kot..
Hahahaha
Minggu lepas mak aku cakap kakak ada pm tanya cara nak masak sayur broccoli ni
Tapi mak aku cakap sebab mak aku lambat reply, kakak kata kakak x jadi masak sayur broccoli tu..
Padahal boleh jer google kan...
Hmmm.. Satu lagi perangai kakak ni dia memang x boleh nak tunggu sekejapan pun..
Kalau dia suruh aku buat apa-apa, time tu juga dia nak
Selalunya dulu kalau tima nak amik kakak kat kolej ke.... kat rumah ker....
Kalau mak aku janji nak amik kakak pukul 5.00...
Pukul 5.01 kakak dah sibok call dah tanya kat mana..
Selalunya kakak akan spam aku la
Bertali la wasap aku
Cella!
Cella!
Cella!
Cella!
Cella!
Cella!
Cella!
Cella!
Kat mana dah?????
Huh.... dah la dia spam
Dia guna tanda seruan!!!!!
Tanda????lagi la banyak..
Haaaa.... Jangan ingat kakak tu jenis syap masa sangat pun..
Jangan exspect la kakak dah siap tunggu..
Silap-silap kita sampai kakak baru nak pakai tudung..
Haaaa... Time tu kita la plak spam dia...
Tapi kakak tu penyabar!
Dia x akan jawab spam..
Kalau call pun dia cuma jawab "jap"
Pastu dia end call
Huh... Pastu ko tunggu lah dalam kerwta lagi 15 minit
Pastu ko akan nampak kakak akan turun dengan jalan lenggang macam xde apa-paa.
& dia boleh catwalk lagi baq hang..!
Pastu yang lagi haku berasap dalam hati..
Mak aku akan diam jer & terus drive...
MACAM TAK ADA APA-APA!
Agaknya apa ilmu kakak pakai..??
Cer kalau aku yang macam tu...
Tak cukup telinga aku nak kena dengar mak aku berleter sepanjang jalan..
Pastu kalau nasib tak baik tetiba time tu juga traffic light merah..
Tak pasal-pasal aku lagi yang kena marah...
Ko aser..?
Tapi selalunya aku akan diam jer..(pinjam ilmu kakak) hahaha
Sebab kalau diam tu adalah senjata yang paling berkesan..!
Kalau dah cakap sengsorang agak2 boleh lama-lama ke?
Hahahaha...
Tapi mak aku pun ada strategi jugak
Mak aku banyak tanya..
So.... Kena la juga jawab..
Mmmmm.... yer lahhhhhh.....
Tapi  bebel..bebel pun kalau aku cakap nak amakan apa-apa mak aku memang akan masak...
Heeeee....


SAYUR BROCCOLI TUMIS BAWANG PUTIH
1biji broccoli ( saiz kecil)
1/2 batang carrot
1 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung + 1/4 cawan air

Bawang Putih Crispy:
1 labu bawang putih
3 sudu minyak

1.Carrot dipotong jejari & broccoli diceraikan ikut kelopaknya. Basuh bersih
2Jerang air dalam periuk + 1 sudu teh garam & celur broccoli d carrot anggaran 2 minit & tapiskan  & rendam dalam air sejuk
3. Bawang putih didadu halus @ cincang
4. Panaskan minyak agak-agak sederhana panas & goreng bawang putih cincang & sentiasa kacau supaya warna sekata
Bila nampak garing cepat-cepat kaut bersama minyaknya kedalam mangkuk. (jangan biar terlalu garing kerana nanti nak angkat bersama minyaknya. Minyak yang masih panas tu akan terus menvgaringkan bawang putih walaupun sudah diangkat.
5.Tinggalkan sikit minyak bawang putih tu dalam kuali dan terus masukkan broccoli d carrot yang sudah di celur.
6. Kacau rata & masukkan sos tiram tiram
7. Masak sekejap sahaja & terus tambah bancuhan tepung jagung & kacau cepat-cepat supaya kuah pekat
8. Tuangkan kedalam bekas hidang dan taburkan bawang putih crispy bersama minyaknya sekali.. Siap


Mak aku juga masak lauk ni
Ikan Bilis Masak kicap
Kata mak aku ni lauk nostalgia masa zaman belajar dulu
Hahhaa... lama dah mak aku x kaitkan makanan nostalgia
Kata mak aku dolu-dolu ikan bilis, sardin, kentang dan telur antara makanan yang murah dan senang disimpan untuk rumah yang tiada peti ais..
Mak aku cakap zaman belajar mak aku tinggal kat rumah sewa ramai-ramai.
Lauk Masak Kicap Ikan Bilis ni mak aku kata antara lauk yang selalu dimasak waktu sahur..
Huwaaaaaa..... Harap-harap aku dapat sambung belajar kat UA & dapatlah tinggal kat kolej..
Aku xnak tinggal kat rumah sewa...
Aku nak tinggal kat kolej...


Mak aku jer pulun makan Ikan bilis masak kicap  ni..
Aku xnak sebab nak feel makan sayur broccoli jer...
Tak nak ada gangguan lauk lain sebab aku bukan makan nasi dengan sayur broccoli
Tapi aku makan sayur broccoli dengan nasi..
Haaaaaa... ada bezannya di situuuu...

MASAK KICAP IKAN BILIS
1/2 cawan ikan bilis bersih
1/4 cawan kicap lemak manis
3 sudu minyak
1/2 bawang besar hiris
2 bawang putih
2 hiris halia
5 cili padi- hiris
5 cili padi patah-patahkan
1 hiris limau nipis

1. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Tambah cili padi,, halia & bawang putih cincang.
3. Masuklan kicap & sikit air dan biar mendidih
4. Tambah bawang hiris & cili padi patah-patahkan
5. Matikan api & perah limau nipis. Sesuaikan rasa.


Pinggan mak aku
Coz pinggan aku x colourfull
Aku makan sayur jer..
Sebab tu snap dari pinggan mak aku

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. October 2019 at 20:03
    Kesian mak penat kerja stress etc.. nak marah tak boleh. Diam Aja. Tu yg boleh jejas kesihatan high blood etc.

    Tapi nasib baik dia Ada anak yg sorang Tu...tiling dengar..
    Kalau tak LAGI stress mak ...
    Vagus cella tak jawab..
    Tapi bila diam ...mak tahu.. Bukan Salah cella. Awaklah best friend dia..teman, bodyguard,tempat meluahkan stress..
    Bila awak diam dia tahu ..so dia start Tanya ITU ini.. Untuk memastikan awak tak ambil hati atau merajuk.....

    Sebab org yg merajuk Akan diam sampai berlarutan..
    So bila awak jawab dia tahu Dari nada suara awak ok...

    Tapi takpe awak Ada diary... Haha
    Ramai auntie auntie,kakak yg mendengar ...etc.
    Mak selalunya Akan Cuba menunaikan hasrat anak anak nak Makan..
    Cuma biasala. Bila time menunggu Tu... Memang Susah nak kemana mana.

    Tapi enjoy this time together on your journeys to school..back.. helping around the house.that is the best moment you have with mak.. Once masuk unibesiti... you'll be on your own..

    Masa Tu mak Rasa lonely... Takde personal assistant,advisor, doctor, tuksng urut, body guard,personal shopper ..orang Kanan dia...
    Banyak dia kena adjust...

    So enjoy your time at home...when home is very comfortable and cozy.
    Once outside in unibesiti...kerja etc its a different world...

    Prepare dah for next paper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. G, i can't agree more. Strongly share same point of view.

      Bila cella makin dewasa, all these moments yg cella akan sgt rindui.. macam akk, sgt2 rindu nak dgr celoteh dan bebel mak..rindu semua masakanm Tp mustahil akan berulang kembali. Hanya doa dan dan ingatan sahaja yg menghubung akk n arwah mak

      Delete
    2. Panjangnya karangan BM.. 😅😅😅
      Heeee... Dokan kkter tau supaya dapat jawab dengan betul & dapat sambung study kat UA

      Delete
    3. TQ sis ZS...
      Rindu masakan mak tu mestilah sebab kitwr suka makan..
      Ssmoga roh arwah mak sis ZS ditempatkan dalam kalangan orang beriman... Aammiinn

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Opcoz makcik Kat kedah akan DOA cella boleh berjaya... usaha keras okayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah... Walaupun tidak mengenali tetapi tetap dikirim doa untuk kiter..
      Semoga Allah menggantikan dengan pahala dan rahmat berlimpah juga untuk makcik.. Aammiinnn

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Don't worry cella..just pokus and study hard ok.opcourse sembhyg Dan ngaji utk petunjuk Dan kekuatan dijiwa..permudahkan.
    Ramai yg menyeru Dan mendoakan insha'Allah. Pokok pangkalnya awak kena buat ya betul 100%>.
    This not the end. Just beginning then pre u, matriculation/for 6/unibesiti..

    ReplyDelete
  6. APA beza Makan nasi Dan brokoli .brokoli Dan nasi ?

    ReplyDelete