Wednesday 28 March 2018

SUP SAYUR LABU SIAM

Sup Sayur Labu Siam
English Gourd Soup..
Masih citer cuti minggu lepas x habis lagi
Haaaa...kalau balik Kedah memang makannnn jerk...
Bangun pagi makan..sampai dah nak tido pun makan lagi..
Kalau ikutkan kat KLlagi banyak tempat makan
24 jam KL penuh ngan makanan
Tapi feel dia lain..
Kalau kat KL masa terlalu cepat..
Pagi subuh2 buta dah kena gi sekolah
Menghadap jem
Mak aku plak memang suka kuar awal sebab xnak tersekat dalam jem
Balik petang dah penat..
Makan ...buat homework...tidur
Esok ulang lagi rutin yang sama  .
Kalau balik Kedah memang time cuti..
Cuti sekolah...cuti raya..
Mmm...sebab tu bila makan ..dia nyer feel tu lain...


Sup Sayur Labu Siam
Nenek la suka sangat lauk ni..
Nenek cakap walaupun nenek duduk kampung tapi nenek lum pernah masak sayur Labu Siam..
Tapi bila mak aku beli dan masakkan untuk nenek
Nenek suka...
Nenek kata sedap...

SUP SAYUR LABU SIAM
1/2 biji labu siam
2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu minyak
1/2 cili merah
Sedikit suun direndam - jika suka

Bahan Tumbuk
1 bawang merah
1 bawang putih
1 sudu ikan bilis

1. Kupas labu sia dan potong dadu besar
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
3.Masukkan air dan labu siam.Masak hingga mendidih dan labu lembut
4. Tambah garam dan cili hiris.Jika guna suun masukkan suun yangvsudah dibasuh dan direnndam kembang
5. Sesuaikan rasa




 Ni la sayur Labu Siam a.k.a English Gourd tu..
Selain daripada buahnya..
Pucuknya juga boleh dimasak sayur..
Pic pucuk dan pokoknya boleh LIHAT DI SINI...

Dibelah dua...isi dalamnya macam nj
Bijinya lembut sebab buah masih mada
Sekali pandang macam guava kan...



Potong dadu besar- besar
Sebenarnya Labi Siam ni baki yang mak aku masak beberapa hari sebelum tu..
Sebelum tu mak aku dah guna 1/2 biji untuk masak LABU SIAM MASAK LEMAK PEDAS CAMPUR ISI IKAN kat sini...


Tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan bilis dalam lesung batu


Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk.Cepat2 masukkan air kerana bahan tumbuk mudah hangus


Masukkan air dan labu yang sudah dipotong.
Masak hingga mendidih dan labu empuk.
Tapi jangan dimasak terlalunlama keranan labu siam yang overcook teksturnya kurang sedap


Jika suka boleh masukkan suhun..fucuk dan tauhu jepun..
Mak aku cakao selalunya sup sayur macam ni juga sesuai untuk masak sayur timun, petola dan betik muda yang masih putih isinya..

2 comments:

  1. ni labu siam ka? tak tahu...pon dan tak pernah rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kiter yg cakap ni labu siam.Kalau Indon dorang cakap labu siem...kiter makan kuah jer..heeee

      Delete