Kari Daging Kerisik
Macam nenek masak
Aku suka kari nenek masak
Selalunya nenek akan masak Kari Daging kalau nak raya
Aku suka sangat Kari Daging nenek masak
Makan ngan Ketupat Palas..
Kalu nenek masak Kari daging malam raya..
Bau diaaaa....
Aummmmmm.....sekampung boleh bau sebab bercampur bau Kari Daging nenek orang lain juga..
Hahahaha...
Kari nenek mesti pekat...cukup lemak dan rasa dia memang x boleh lawan ar..
Walaupun ma aku cakap Kari Daging ni resipi nenek..
Tapi Kari daging nenek lagi pekat melekat ar,,,
Boleh melekat bila cicah ketupat palas..
Cuma sayangnya sejak beberapa tahun lately ni nenek dah x boleh makan daging dah
Nenek selau suruh aku rasa kalau nenek masak Kari daging malam raya
Tapi nenek hanya masak untuk we all & tetamu yang datanbgn beraya
Nenek dah x boleh makan daging sejak hempedu nenek dah kena buang sebab ada batu dalamnya
Mmmmm aku x boleh bayang la macam mana hempedu yang nenek maksudkan tu
Kalau kidney tu aku boleh bayang la macam kacang..
Mak aku masak seperiuk Kari Daging
Untuk lunch
Sebab abang cuti..
Kakak pun balik
Aku dah memang cuti
Mak aku pun cuti weekend
Bukan la lunch sangat
Lebih kepada BRUNCH la
Sebab belum waktu lunch sangat pun
Tapi sebab x breakfast..
Lunch awal la...
Pagi-pagi lagi mak aku dah masak Kari Daging ni
Tapi dah nak tengahari baru siap
mak aku cakap sebab tunggu abang beli santan dan kentang lama sangat
Masa balik abang cakap Pasar dah macam Esok nak Raya
Abang kata beratur panjang nak beli santan..
Jalan pun abang cakap jem
Hero pun abang kata penuh ngan manusia..
Macam la esok nak raya...
Mmmm aku x tahu sebab aku x ikut pun
Abang gi naik motor
Abang kata hari ni nak gi interview Tabung Haji
Kakak plak nak balik kolej tengahari ...
Mmmm...malas nak ikut tapi kesian plak mak aku drive sorang balik nanti
Abang kata x boleh nak hantar kakak sebab nak gi Karnival Motor..
Haaa...abang memang suka bab-bab motor ni
Tiap bulan beli majalah KAPCAI
Aku x tahu apa yang abang suka sangat
Tapi KAri Daging aku suka..
Hahahahaha...
KARI DAGING KERISIK
1kg daging-potong kiub
1 cawan serbuk kari daging
1/4 cawan kerisik
2 biji kentang-dadu besar
1/2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
2 sudu teh garam
1/4 cawan minyak
Bahan Tumis :
4 bawang merah-hiris
3 bawang putih-hiris
5 keping halia- mayang
5 buah pelaga
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
1 helai pandan
1. Gaul daging bersama rempah kari dan kerisik. Perap 15 minit
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
3.Masukkan daging perap bersama rempahnya
4. Masak hingga naik minyak
5.Masukkan kentang dan gaul rata
6. Tambah santan cair dan masak hingga daging dan kentang empuk
7. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya
8. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik
9. Boleh dimakan bersama Roti Jala...Roti slice ...nasi..capati...roti canai...
*** Sebaiknya dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya kuahnya pekat dan sebati
Daging potong kib
MAk aku pesan daging tu basuh dulu baru potong
Kalau potong dulu baru basuh nanti kurang sedap sebab banyak jus daging dah hilang
Masak Kari Daging Cara Nenek
Daging kiub digaul siap-siap bersama rempah jari dan kerisik.
Kalau nenek mak aku cakap nenek siap akan blend bawang gaul sekalu dalam daging tu
kata mak aku cara ini bukan sahaja dilakukan oleh nenek
Tetapi kebanyakan nenek-nenek orang lain pun aklu kat Kedah memeng masak cara macam ni iaitu daging atau ayam memang digaul bersama rempah kari dan kerisik sebelulm ditumis
Cuma sekarang mak aku cakap dah x ramai guna cara macam ni
Kerisik pun ramai irang dah skip..
Kenapa dah skip kerisik?
Mmmm...mak aku cakap mungkin sebab harga kelapa dah mahal dan mungkin juga sebab nak kurangkan pengambilan lemak..hahaha
Tapi jangan x tahu yang aku dah pernah buat kerisik..
Mak aku dah pernah ajar CARA BUAT KERISIK kat sini....
Nampak x susah tapi memang struggle la nak menumbuk kerisik tu sampai keluar minyak..
Tapi kalau kat kampung ..nenek selalu ada jer stok kerisik dalam balang kat dapur
Nenek akan buat banyak-banyak
Pastu mak aku ngan Achik akan amik sorang sikit bawa balik stok kat umah
hahahaha..
Nenek kata nenek buat kerisik bila banyak buah-buah kelapa yang sudah masak gugur dan berlonggok bawah pokok.
Lagipun kat umah nenek meamng ada mesin kelapa dan juga lesung besi
Haaa...lesung besi..!
Daging yang dah digaul rempah dan kerisik diperap lebih kurang 15 minit
Sementara perap daging...
Boleh la buat kerja lain
Siapkan bahan tumis
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga garing
MAsukkan daging perap dengan rempah2nya semua
Masak sampai naik minyak macam rendang
Kentang dikupas dan potong besar-besar
MAsuk kentang dalam tumisan daging
MAsukkan santan dan biar mendidh hingga daging lembut dan kentang empuk
Tadi dalam kuali
Sekarang dalam periuk plak..Haaaaa
Mak aku dah alihkan dalam periuk plak sebab kuali nak guna masak sayur plak
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya
Perlahankan apinya dan biar mendidh perlahan beberapa minit supaya kuah cantik
Kalau terus hidang masa baru masak
Kuahnya x berapa pekat sebab belum sebati
Haaa...ni dah beberapa jam masak.
Kuah dia lebih pekat dan berminyak
Mak aku cakap sebaiknya kalau nak makan tengahari
masaklah waktu pagi supaya rasa kari lebih sedap
Pinggan aku.....
KAri Daging Kerisik dan Sayur Kacang Buncis & Tempe
Hee....banyak ker..?
Sebab abang cakap belum nak makan..
Kakak plak time orang nk makan dia nak mandi bagai...
Mmmm...sudahnya aku ngan mak aku jer makan dulu.
Mak aku makan ciput jer sebab mak aku kata kalau makan banyak nanti mengantuk nak drive hantar kakak..
Kakak asalnya xnak makan tapi bila nampak tempe terus kakak makan nasi
Hahaahaha....
3 pack nasi bungkus untuk kakak bawa bekal
Haaa... 2 pack tu sebab nasi dan lauknya dibungkus asing
Untuk bekalan dinner kakak malam nanti
Yang dah campur lauk siap-siap ni
Mak aku cakap ngan kakak untuk roomate kakak
Sebab nak hantar kakak tengahari
Mak aku cakap mesti roomate kakak tu belum lunch
Nanti yang pack x campur lauk boleh buat lunch sama-sama
membuka selera betuiii laaa
ReplyDeleteHehehe.....memang cedap
DeleteWaktu bila nak letak santan pekat tu ye.. 😊😀
ReplyDelete