Friday 30 March 2018

APA AKU BUAT KAT KAMPUNG



Seorang Gadis Orang Asli
Bersama bunga dikepalanya
Hahaha..memang la I asli you..!!
I buka tiruan..!!!

Masih lagi diary cuti sekolah minggu lepas..
Last entri about cuti minggu lepas..
Nak habiskan cerita kat Kedah sepanjang minggu lepas
Ini cerita balik kampung
Aku sempat balik kampung 2x jer sepanjang seminggu balik Kedah hari tu
itupun memang balik x lama pun
Tengahari balik..makan makanan yang dah bawa siap-siap
Petang dah balik semula rumah baru..
Dah sedap sebut rumah baru lak
Sebab kalau sebut rumah kitorang ...dah rasa rumah yang kat KL ni
Lagipun memang rumah tu baru lagi kan...
Nanti dah lama-lama xde la lagi nak sebut rumah baru kot..
Nanti kalau



Walaupun background nampak hutan jer..Tapi bukan sebarang hutan tau..!
Semua hutan tu pokok yang ditanam..
Pokok getah...
Pokok Jering
Pokok Jambu
pokok gajus
pokok Limau Nipis
pokok Limau Bali
Tapi pokok limau bali tu kesian dah nak mati dah dipenuhi pokok dedalu
Haaa...kita belajar sains kan...cikgu da ajar pokok dedalu tu parasit sebab dia menghisap segala nutrien dari pokok yang ditumpangnya..
Dah la tumpang pokok tu
Makan semua zat dari pokok tu sampai pokok tu mati.
Ish..ish,,ish...TAK PATUT


Aku just nak tunjukkan flower crown kat kepala aku tu jer..\
Nak bagitahu flower crown tu buat sendiri guna akar yang menjalar dan juga bunga fresh
Akar tu aku minta nenek amik kan sebab aku x reti
Nenek amikkan akar yang melilit pada pokok
Pastu nenek buat gegelang ikut siaz kepala aku
Pastu aku petik bung2 putih kat tepi kebun getah tu dan selit keliling gegelang akar tu..
Mak aku cakap bunga yang aku petik tu namanya BUNGA SUSUN KELAPA
Bunganya macam bung ro tapi kecik sikit la
Warnanya putih bersuh  dan bau dia harum
Dah siap selit2bunga tu aku pakai kat kepala jadi la flower crown versi orang asli
Hahaha....
Pastu selfie...post kat IG...
Hehehehe...ko hado...???



Nenek lak tengah sapu daun-daun pokok getah yang gugur sebab musim panas
Pastu nenek bakar longgokkan daun-daun kering tu..
Selain membersihakn kawasan tepi rumah tu..\Asap-asap tu juga menghalau nyamuk
Ubat Nyamuk Ori nyer....


Dapat cium bau asap baru feel kampung...
Haaa...bau asap bakar daun2 tu memang bau kampung..
Kalau kat bandar mana boley nak bakar2 daun ke sampah ke sesuka hati..
Kecuali kalau kaya boleh la bakar sampah sesuka hati.
Naper kalaunkaya boleh bakar...?
Sebab kalau kaya boleh bayar saman pembakaran terbuka..!!
Hahahahaha...
So...kalau xde duit nak bayar saman..
Balik bakar dedaun tu kat kampung xper...


Taraaaaaa........
Haaa...jom tengok belakang rumah plak..
Dah habis pasal daun kering
Kita tengok plk pokok2 belakang rumah...
Kenal ke buah apa tu..?
Haaa...banyak lah ko punya buah...
Itu sarang kerengga la...
Haaa .. dah usik sarang dia...
Segala tentera dia keluar la mempertahankan sarang dorang...
Kalau kerengga ni gigit..
Huh...pedihhh
Sebab dah la dia gigit tu sakit..
Dia boleh kincingkan plk tempat dia gigit tu
Memang bapak pedih arrr...
Pernah ke kena gigit ngan kerengga..
Aku memang pernah la
Sebab tu aku tahu


Mak aku citer...
Kalau masa nenek masih muda ...nenek garang
Mak aku cakap..kalau bergaduh ngan Achik..
Nenek akan amik sarang kerengga  
Sapa yang bergaduh..nenek cakap akan ikat kaki dan tangan dua2 orang dan lepaskan sarang kerengga..
Haaaaa....bapak garang nenek..!!


Mmm....sebab musim panas..
Dah xde sapa nak pedulikan pokok2 pandan ni
pokok pandan baru nak mula tumbuh semula selepas hibernate sepanjang musim luruh..
Hahaha...hibernate la sangat


Lalu bawah pokok kelapa..
Mmm..banyak buah yang gugur
Ada yang dah tumbuh
Ada yang dah rosak
Jumpa sebiji yang baru nak tumbuh..


Amik buah tu bagi nenek suruh nenek kupas kulit
Haaa..nampak mata tunas dia dah nak bercambah...
Seronok kat kampung boleh belajar Sains..
Life....



Nenek belahkan kelapa tu..
Aku amik cawan tadahkan
Nak minum air kelapa muda nenek cakao xde galah
Minum jerlah air kelapa tua


Terror nenek aku belah kelapa..
Sekali hentak dengan parang..
Memang terbelah kuar air kelapa..


Tanaaaaa......
Tombong Kelapa...
Aku suka....
Nenek cakao kalau yang masih kecik ni lagi sedao
Kalau tombong kelapa dah besar dia dah kurang manis dan rasa dia sedikit macam makan kapas dah..
Kalau yang masih kecik ni rangup dan manis


Krup....krap...
Mmmmm.....sedap tombong kelapa....


Nak ke.......???
Hahaha...


Ok tengok pulak pokok Remia..
Nenek kata Pokok Gemia..
Mak aku cakao orang KL panggil Buah Kundang.
Haaa....kat Rawang ada Tasik Biru Kundang


Tapi buah dia masih kecik...
Kecik sangat
X sesuai nak makan



Mak aku cakaonkalau buah yang muda memang masammm...
Selalu orang cicah nga  pencicah atau kuah rojak atau kicap


Nak tunggu masak...memang x sempat la...
Nenek kata belum semoat masak selalunya monyet dah cooop dulu..
Habis dia bawa anak cucu dia datang makan macam pokok tu nenek dia punya jer..
Haaaa....itu pokok nenek aku..
Tapi monyet selamber jer ngaku nenek dia punya ...
Mmmm.....bukan reti nak tinggalkan tuan dia sikit...


Owh....aku kayaaaaa....
Hahaha...ni Pokok Duit- duit
Nama jer duit- duit..
Bukan boleh beli barang..
Bukan boleh bayar GST pun


Daun2 duit- duit tu penuhnkat batang pokok Limau Bali..
Dah la kat dahan Limau Bali penuh Pokok Dedalu
Kat batang penuh pokok duit- duit..
Kesian Pokok Limau Bali dah nak mati...
Ish..ish..ish...


Pokok Ceri Malaysia..
Hahahaha...mana ada..
Ni mak aku cakap namanya Pokok Rekup..
Nenek panggil Pokok Kekuk ..


Yang hijau tu belum.masak...kelattt
Yang gelap tu dah masak...manis2 kelat..
Mak aku suka..
Aku....mmmmm...boleh la


Pokok Munggai...
Deh pernah citer KARI BUAH MUNGGAI kat sini
Buah Munggai dan cerita seram pasal pokok munggai juga dah citer..
Tapi sekarang buahnya belum boleh petik
Masih terlalu.muda sangat...
Kena tunggu besar sikit baru boleh petik
Tapi x tahu la bila lagi nak balik..
Nenek bukam makan pun buah munggai tu
Achik pun x suka
Mak aku jer suka makan


Haaaa....mender alah ni memang banyak berterbangan ditiup angin..
Aku x tahu apa nama dia..
Tapindia sejenis biji benih yang disebarkan oleh angin...
Bulu2 putih tu berterbangan dan bawah dia ada biji benih..
Nenek kata buah dia macam buah kacang...
Mak aku cakap tu namanya BULU WAWI..
hahaha...bapak ganas nama dia
Tapi nenek cakap itu sejenis biji benih la..
Nenek ada cakap nama dia tapi aku lupa..
Mmmm....ada beberapa pic lagi..
Tapi aku xde info nak tulis..
So....stop sini jer...
Bye...

No comments:

Post a Comment