Friday, 23 December 2016

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API BERSAMA PUCUK GELUGUR

 Telut Itik Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Gelugur..


Aku suka sangat telur itik..
Sebab egg yolk dia oren cantik sangat..
Rasanya lebih lemak..
Harga pun..lebih mahal daripada telur ayam..
Aku tau lar sebab aku kan assistant mak aku..
Tukang tolak trolly time beli barang dapur..




Telur Itik tau..fresh
Ni bukan telur masin..
Sebab kakak aku tu ingat ni telur masin..
Hmmm...kalau pasal barang dapur..aku & abang lagi tau daripada kakak..hehehe
Telur Itik yang ni mak aku yang beli sendiri kat pasar..
Aku x ikut gi pasar..
Mak aku kata sepuluh biji RM8


Pucuk Gelugur..
Pun mak aku beli kat pasarr..
1 ikat RM2 ...
Mengucap panjang nenek aku tengok mak aku beli pucuk ni..
Kata nenek..kat kampung bagi free pun xde siapa nak makan pucuk asam tu..
Hahaha...
Mak aku cakap...tu kat kampung la.....memang xde harga...
Tapi masa masak lauk ni nenek dah balik kampung dah..x sempat rasa lauk ni..

Tau ke pucuk gelugur..??
Mmm..aku x tau...
Mak aku citer..pokok gelugur tu la yang orang amik pucuk ni jual..
Tapi yang lagi berharga ialah buah gelugur..
Nak tengok pokok gelugur...??
Jom gi Kebun Pakcik Google..
Heeee...


Ni la pokok gelugur..
Time balik kampung selalu nampak signboard kat highway tu tunjuk arah ke Tasik Gugur..
Agaknya nama tempat ni ikut nama pokok ni la kot..
Tu teori spekulasi mak aku tu..



 Ni buah gelugur kat Kebun Pakcik Google
Mak aku cakap ni la buah gelugur..
Rasanya sangat masam..
Buah nivakan dipetik dan dihiris nipis menjadi keping2 nipis lalu dijemur hingga kering..
Kata mak aku tu la orang panggil asam gelugur a.k.a Asam Keping..
Asam ni mak aku cakap bahan wajib dalam kuah laksa...
Haaa siapa yang suka makan laksa mesti jumpa asam keping dalam kuah laksa..
Hari ni mak aku cakap masak lemak cili api telur itik ni xyah guna asam keping sebab dah guna pucuk asam gelugur tu..
Rasa pucuk gelugur tu dah cukup masam..
Mmmm..memang masam masa mak aku suruh aku gigit..

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API BERSAMA PUCUK ASAM GELUGUR.

5 biji telur itik
10 helai pucuk gelugur
1 cawan terung pipit (optional)
1 kotak santan(boleh ganti 1 cawan santan pekat)
1 batang serai
1 bili cili merah
garam

Bahan tumbuk:
1 bawang besar
1 ketul kunyit
7 cili padi


Bahan-bahan dah siap...


 Bahan untuk ditumbuk..



1.
Tumbuk halus kunyit..bawang dan cili padi
Pucuk Gelugur dihiris halus


2.
Masukkan bahan tumbuk,serai ,terung pipit 1/2 kotak santan dan 4 cawan air..
Elok gunakan kuali supaya senang mengacau kuah dan memudahkankan masuk telur itik nanti..
Masak dengan api kecil hingga mrndidih

*** Pecahkan telur itik satu persatu dalam kuah yang mendidih perlahan supaya putihnya tidak berselerak dan kuningnya tidak pecah

**untuk yang baru belajar ...
Jika risau telur tidak menjadi cantik..boleh gunakan tips dibawah:


Jerang air sebanyak 3 cawan dam sebuah periuk berasingan..


Tambah 2 sudu cuka makan..
Teknik ini biasa digunakan untuk membuat "Bennedict Egg"
Cuka akan membantu putih telur tidak berselerak.

Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk..


Bila air bercampur cuka sudah mendidih..kacilkan api dan perlahan2 tuangkan telur tadi..In sha Allah menjadi..
Ulang sebiji demi sebiji..

Bila putih telur sudah beku..dengan hati2 ceduk telur tersebut dengan senduk berlubang supaya air bercuka tidak terceduk bersama..

Ini telur ayam..
Tidak seperti telur itik...telur ayam mempunyai putih telur yang cair..
Tetapi dengan teknik ini..telur ayam juga akan jadi cantik..



3.
Ceduk semua telur tadi dan masukkan dalam kuah..
Kemudian masukkan baki santan kotak yang pekat tadi dan kacau perlahan.


4. Tambah pucuk gelugur yang dihiris halus..
     Kacau rata agar masam dari pucuk gelugur keluar merata kuah..Tambah garam secukup rasa..


5. Masukkan cili merah yang dibelah dan biar mendidih sekejap...tutup api dan siap..


Haaa...tu panjang lebar penerangan dari mak aku .
Aku memang x tau nak terangkan...
Kena minta mak aku discrib..
Walaupun aku tengok setiap step tu..

Pastu kena la ada ikan masin baru kick sebab telur tu bukan telur masin..
Yang sekor panjang tu ikan pekasam nenek yang buat dan nenek yang bawa dari kampung..
Yang lain tu Ikan Puyu Kering..
Pun nenek yang bawa dari kampung..

Banyak Ikan Puyu Kering nenek bawa..
Mak aku cakap Ikan Puyu tu ada orang panggil Ikan Betuk...
Oooooo....
Ikan Haruan Kering pun ada nenek bawa..
Haaa Ikan Haruan ada nama lain juga ke. ?
Mak aku cakap Ikan Haruan tu kalau kat kampung nenek dorang panggil "Snake Head Fish"
Hahahahaha...
Larikkkkkkkkkk..


No comments:

Post a Comment