Friday, 16 December 2016

KERABU PUCUK KADUK

 Kerabu Pucuk Kaduk...
Segar dari ladang...
heeee....banyaklah ko punya ladang ..
mmmm...
Tapi kalau ada ladang kaduk boleh kaya x..?


 Kerabu Kaduk ni favourite nenek nih..
Nenek yang nak makan kerabu kaduk ni...

 Sebab nenek tengok banyak pokok kaduk gemuks2 kat tepi pagar tu...
Kaduk Naik Junjung...
Hahaha..
Kaduk Naik Junjung tu perumpamaan lah..
Junjung tu apa?
Haaa...mak aku cakap bawa barang atas kepala pun junjung..
Tapi junjung yang ni maksudnya para2 untuk pokok memanjat..
macam pokok sirih..pokok kacang panjang..
pokok timun yang memanjat para2 atau kayu yang dipacakkaan..
Ka  kita belajar sains...
Kat kampung nenek ada pokok sirih ..ada pokok kaduk..
Pokok sirih memang memanjat
So pokok kaduk mana ada naik junjung...
Haaa...kaduk naik junjung tu maksudnya orang yang over la..berlagak atau x sedar diri..
Mak aku kata macam pokok kaduk tu perasan jadi sirih la ..
mmmmm...
Macam susah jer nk fahan...


Nenek tengah petik pucuk kaduk tepi pagar..
Pokok kaduk ni xde sapa tanam pun..
Tumbuh sendiri..
Mula2 sepokok jer..
Lama2 banyak pula dia membiak..
Mak aku ada tunjuk cara pokok kaduk ni membiak..
Rupanya pokok kaduk membiak melalui salur..
Salur tu kira macam hujung pucuk pokok tu semakin melata dan tunasnya menjadi anak pokok baru..
Pokok kaduk tu subur sebab banyak baja organik..
Baja organik tu apa?
Organik tu mak aku cakap baja semulajadi yang x guna bahan kimia la..baja dari tumbuhan reput..

KERABU PUCUK KADUK
1 cekak pucuk kaduk
1 bawang besar
1 cawan taugeh mentah..
2 ekor ikan kembung direbus
1 cawan kelapa putih
1 biji limau nipis
garam &sikit gula

bahan tumbuk
5 cili padi
1 sudu teh belacan

1. Hiris pucuk kaduk dan bawang
2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa,isi ikan garam dan sedikit gula
3. Gaulkan semua bahan lain dan rasa asam garamnya..

No comments:

Post a Comment