Monday, 19 December 2016

CARA MAKAN SIRIH PINANG

Pernah makan Sirih dan Pinang..??
Kalau kawan2 aku..
Confirm la x pernah kan..
Haaa...
Jangan x tau aku pernah makan sirih dan pinang..
Jangan ingat orang2 tua kat kampung je makan sirih
Aku selalu makan time balik kampung nenek..
Tapi cuti ni kan x balik kampung..
Nenek Achik..Pak cik..Haikal ..Aqil semua yang datang KL..
Kalau ikut logik memang x dapat la aku merasa makan sirih pinang ...
Tapi kalau dah rezeki memang x kemana ..
Hihihihi....
Dapat makan Sirih Pinang..
Haaa...pinang tu nenek kutip kat bawah pokok pinang yang banyak kat pagar Tugu Negara tu..
Syyyyyyyy ..jangan bagitau DBKL tau..!
Sirih tu beli kat pasar..
Kapur tu stok mak aku untuk buat kuih lompang  bagai tu..memang ada kat dapur
Pinang tu patut ada alat nak kopek dipanggil "kacip"
Rupa kacip nak sama ngan rupa "nut creaker"
Yer lah mak aku cakap pinang tu pun spesis hazel nut juga...tapi versi Malay Nut..kih..kih..kih..


1...

Mula2 amik sehelai daun sirih..
Letakkan seketul dua buah pinang yang sudah di kupas kulitnya..
Kata mak aku bukan seketul pinang .
Tapi penjodoh bilangannya disebut "sekacip" pinang..
Kalau dua ketul tu dipanggil dua kacip pinang..



2...

Sapukan sedikit kapur makan @ kapur sirih..
Tapi mak aku cakap tu bukan sebut sapu kapur..
Tapi disebut "calit"  kapur
Calit tu maksudnya sapu sedikit2 dengan hujung jari..
Kalau sapu tu untuk banyak2 boleh la..
Macam sapu jem pada roti..
xkan nak sapu kapur banyak2..
Mana boleh banyak kapur..
Nenek cakap nanti mau t
melecur mulut sebab kapur tu sifatnya panas..
mmmmm...faham ke. ?
Kena juga faham tau...!!
So...kapur ni just calit sahaja


3...

Nenek cakap sepatutnya kena letak sikit gambir..
Tapi gambir xde..
Gambir tu apa???
Mmmm...mak aku cakap susah naj explain
Warnanya coklat muda..rasanya kelat..
mmmm.. aku x faham & aku x pernah tengok gambir tu..
Tapi kata mak aku gambir tu opsional..
Boleh skip..
Mm..nantilah balik kampung update gambir..


4...

Lipat sirih supaya senang nak makan..
xkan nak makan daun panjang2 tu x muat molot la...hahaha...


5..
Lipat lagi menjadi bentuk 4 persegi dan ngapppp la..
Kunyah dan telan airnya..
Kata nenek banyak khasiat
Khasiat dari sirih & pinang
Kalau ludah airnya warna merah..
Tapi nenek cakap air kunyahan tu yang berkhasiat terutama orang perempuan..
Mmmmm.
Mula2 rasa kelat giler..
Tapi lama2 rasa unik..
Bukan la sedap macam almond..
Tapi unik...susah nak citer
Dolu mula2 makan aku cannot go..
hihihihi ..kelat
Tapi bila balik kampung dah banyak kali cuba..
mmmm...aku suka rasa sirih pinang..
Apa kerut muka  ?
Xyah nak buat muka pelik
Nak cakap aku macam orang tua lar tew
Jangan nak ngata.
Khau Ado..??????
Hahahaha..

Mak aku bagitau dulu2 kebanyakan rumah orang Melayu akan hidangkan Sirih Pinang untuk tetamu..Kemudian baru dihidangkan minuman...
Sirih Pinang juga dimakan selepas makan tengahai dan malam..
Juga dimakan sebagai kudapan sambil berbual-bual sesama jiran
Paling penting..mak aku cakap kalau dalan adat meminang mesti ada sirih pinang diisikan dalam bekas yang dipanggil "Tepak Sirih" .
Kalau goole ada kot...aku belum google...
Tapi memang pernah tengok tepak sirih tu kat hantaran orang kahwin atau bertunang ...
Tapi mak aku cakap sekarang ramai yang dah ubah jadi kotemporari...
Just buat "Sirih Junjung".
Alaaa...yang sirih susun2 berlapis..hias ngan bunga2 fresh tu..
Kat sirih tu letakkan juga pinang..kapur ..dan gambir
Kira set untuk Sirih Pinang la ..
Mak aku cakap kalau dolu2 sirih pinang hantaran meminang tu menjadi rebutan gadis2 yang belum berkahwin..
Kata mak aku...
Kononya gadis yang makan sirih pinang hantaran tu akan cepat dipinang orang..
Wowwww....
Nak...nak....nak...
Adoiiiiii...!!!!
(Telinga kena tarik sebab gediks)

Hihihihihihi


No comments:

Post a Comment