Sepinggan Nasi Putih Bersama Daging Kambing Masak Lada..
Mak aku cakap dolu2 kalau cili tu dipanggil cabai ada lada..
Kata mak aku masa tu dalam buku teks pun gambar cili tu tulis Lada
Dalam buku resepi pun tulis lada..
Tapi ni Masak Lada yang guna Lada Putih..Lada Sulah...
Lada a.k.a pepper..
Lauk lunch hari Jumaat..
Dah 3 hari berlalu..
Ada sebab mak aku masak lauk ni
Sebabnya hari tu kakak sakit perut "period pain"
Dah makan ubat tapi x baik juga..
Pastu mak aku buat Air Kunyit untuk kakak..
Kata mak aku ni macam jamu kunyit tapi tidak direbus..
Air Kunyit
1 ketul kunyit segar- ibu kunyit
1 ketul garam kasar
1/2 cawan air asam jawa(1 sudu teh asam jawa digaul 1/² cawan air panas)
sedikit gula melaka..
1.Tumbuk kunyit dan garam.
2. Tambah air asam jawa dan tapis
3. Campur sikit gula melaka
4. Minum 1/2 gelas...SEKALI SAHAJA
Alhamdulillah lepas minum kakak tidur & bila bangun kakak cakap dah baik
Kata mak aku kalau orang "period pain" jangan minum ais & makanan atau minuman sejuk..
Kena makan makanan panas..
Aku ingatkan makanan panas berasap tu .
Hehehe..
Rupanya mak aku cakap makanan panas tu ialah makanan yang boleh memanaskan badan..
Contohnya lada hitam..lada putih..kunyit dan halia..yang berempah la..
Kata mak aku lagi tu sebabnya orang2 di negara 4 musim akan banyak minum sup yang ada halia..lads & rempah2 pada musim winter..
Supaya badan jadi panas dan melancarkan perjalanan darah..
Huh...xtau la mana mak aku tau semua tu..
DAGING KAMBING MASAK LADA
2 lamb slice- potong
2 sudu besar minyak
1 sudu air asam jawa
1 pokok daun sup + daun bawang
1 cili merah dihiris
Bahan Tumbuk:
1 ketul kunyit
1 ketul halia
1 bawang besar
1 sudu teh lada hitam biji
1 suducteh lada putih biji
1 suducteh rosemary kering
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Bahan-bahannya...
Gaul daging dengan bahan tumbuk..
Tumis dagingvyang dah digaul bahan tumbuk..
Biarkan menjadi kerak supayaya nsnti kuah jafi sedap..
Madukkan sikit air biar mendidih hingga daging empuk..
Masuk bawang ,cili dan air asam..
Tutup api dan tabur daun sup daun bawang
*** Sudahnya lauk ni kakak x makan pun..
Aku ngan mak aku yang makan sampai
berpeluh- peluh...hihihihi..
No comments:
Post a Comment