Monday, 19 December 2016

SUP TULANG..

Sup Tulang..
Mak aku yang masak..
Makan ramai2 untuk lunch..
Nenek..Achik..Pakcik..Haikal...Aqil


Mak aku kata ni last stok tulang lembu qurban hari tu..
Beku kat Kutub Utara dah lebih 3 bulan..
Hahaha..
Kata mak aku Sup Tulang sesuai makan ramai2..
Kalau masak untuk nak makan berdua..bertiga x berbaloi sebab aku ngan kakak bukan suka sangat sup2 ni .
Klu Soto Madura ..haaaaa baru suka sup tu.
Selalu Pakcik jer suka sup tulang ni..
Anek dh x boleh makan lauk berdaging..



Ni Sup Tulang versi rebus jer..
Mak aku cakap xde tumis sebab daging tulang tu dah ada lemak.


SUP TULANG..mak aku
1kg tulang
2 biji kentang
1 batang Carrot
1 batang serai
1 ketul lengkuas
1 ketul halia
1 bawang besar
10 cili padi
5 bawang putih
2 sup bunjut untuk sup tulang
(bersama rempah tumis)
garam secukup
1 sudu teh lada hitam biji ditumbuk
1pokok daun sup daun bawang

1.Rebus tulang berasa serai lengkuas..halia..sup bunjut dan bahan tumis (kayu manis,buah pelaga,cengkih,bunga lawang dan buah pala)hingga nampak dagingnya lekang dari tulang .
2. Sentiasa tambah air mendidih jika airnya susut hingga daging empuk..
3. Bila daging empuk baru masukkan kentang dan carrot yang dipotong besar..masuk juga cili padi
4 Masukkan garam dan lada hitam  setelah kentang empuk
5. Tutup api dan tabur daun supcdaun bawang serta bawang goreng(xde stok)
6. Jika suka boleh lenyekkan cili padi dan perahkan limau nipis..


No comments:

Post a Comment