Thursday 25 June 2020

AYAM KUKUS HALIA (PKPP COVID 19)

Pagi-pagi mak aku dah masak 2 lauk
1 lauk ikan untuk aku yang masih berpantang makanan gatal
1 lauk untuk bekal abang
Ni citer bekal abang dulu la

Untuk abang, mak aku masak
Ayam Kukus Halia
Buat bekal abang
Mak aku cakap masak Ayam Kukus Halia sebab  kesuntukan masa
Nak gi kerja
Aku dah cakap xyah masak nanti aku na makan la roti bakar, sebab aku x tahu nk masak lauk apa yang boleh makan supaya mata x bengkak.
Tapi mak aku masak juga lauk asing-asing untuk aku ngan abang

AYAM KUKUS HALIA
5 ketul ayam
1 ketul halia muda- hiris halus
1/4 carrot-hiris halus memanjang
1/2 bawang holland-hiris
3 bawang putih
5 cili padi merah vietnam-hiris halus
1 tangkai daun bawang & daun sup
1/2 kiub ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu kicap manis

1. Ayam digaul dengan semua bahan.
2.Tidak perlu  masukan air kerana nanti ayam akan keluarkan jusnya
3. Panasaan kukusan hingga mendisih
4. Masukkan ayam ke dalam bekas tahan panas & kukus 20 minit hingga ayam masak & keluar kuahnya


Ayam diperap dengan semua bahan
Tidak perlu tambah air kerana nanti ayam memang akan berair menghasilkan kuah sendiri

Panaskan kukusan


Masukkan ayam dalam bekas tahan panas

Kukus 20-30 minit

Bekal abang
Nasi Putih
Telur dadar
Ayam Kukus Halia

1 comment: