Sunday 4 November 2018

SAMBAL SARDIN vs TELUR DADAR JER..!

Sambal Sardin + Kentang..
Lauk mak aku masak  pagi awal semalam untuk lunch..
Untuk abang lunch sebelum gi kerja
Semalam....pagi2 lagik aku dah siap masak sarapan Cucur Badak & lauk untuk lunch
Sebelum hantar kakak gi Bird Park tu
Dah citer pasal mak aku dah siao masak dan pasal hantar kakak kat Bird Park tu dalam post
MONYET vs MANUSIA..


Sambal Sardin + Kentang untuk lunch hari Sabtu...
Haaaa...memang sepanjang minggu ni every day mak aku masak SAMBAL...
Bermula Ahad minggu lepas dengan Telur Ayam + Tur Puyuh tu..
Sampai Isni, Selasa,Rabu,Khamis, Jumaat & Sabtu memang mak aku masak Sambal Tumis
Ada Sambal Telur,Sambal Bilis, Sambal Tempe, Sambal apa lagi dah ntah...kena tengok older post & ada lagi 1 Sambal lagi dalam draff...
Sambal Sardin ni potong Q dulu sebab ada sinambungan dengan post semalam dan post hari ni & post esok..
Hahahaha.....nampak x betapa pentingnya abal Sardin ni..
Ada network dengan older post & newers post



Actually mak aku cakap masak Samval Sardin ngan Kentang ni sebab masak awal pagi & nak kena masak cepat sebab nak hantar kakak..
Kalau nak masak ayam bagai lambat sebab ayam.masih beku dalam freezer..
Sebab tu mak aku kata just masak Sardin & Telur jer...
Sarapan pun mak aku just goreng Frozen Rhino Ball...!
Hahaha....Cucur Badak Beku la.....
Naper bukan Hippo Ball?
Sebab kalau Hippo Ball lebih sesuai dengan Kuih Badak Berrendam...
Baru sama Hippo dengan kuih macam kuih koci tu hitam rendam dalam kuah putih..
Kalau Cucur Badak ni sebab kering xde kuah sesuai la Rhino Ball..
Sebab Badak Sumbu  x berendam macam Badak Air..!
Hahahaha...jangan tiru bahasa sesat aku...!




SAMBAL SARDIN + KENTANG
1 tin kecil sardin
2 biji kentang - potong wedges
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
minyak

Bahan blend:
15 cili kering
1/2 bawang besar
2 bawang putih

1. Goreng kentang wedges hingga garing
2. Tinggalkan sikit minyak dan tumis bahan blend
3. Masukkan asam keping garam dan gula perang.
4. Bila naik minyak + kentamg goreng dan sardin bersama sosnya
4.Biar mendidih sekejap dan sesuailan rasanya..

**** Aku lagi suka kalau Sardin nimak aku masak Sambal Cili Api + Petai..
Macam mak aku selalu masak sebelum2 ni..
Tapi mak aku cakap sebab xde stok cili api
Petai frozen pun x sempat nak defros..


Telur Dadar Kacang Panjang
Untuk gang ngam Sambal Sardin...


 Telur Dadar Kacang Panjang ni la yang mak aku  kata yang mak aku selalu citer masak masa sekolah menengah dalam subject Sains Rumah Tangga tu..
Aku ingat lagi mak aku citer masak Telur Ayam Kampung curi dari sarang ayam nenek..
Ada dah citer beberapa hari lepas dalam post
SAMBAL YELUR AYAM + TELUR PUYUH kat sini...
TELUR DADAR KACANG PANJANG
3 biji telur
6 batang kacang panjang
1 cili merah
½ bawang besar
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah serbuk
¼ cawan minyak

1. Potong kacang panjang nipis2
2. Hiris bawang dan cili
3. Pukul telur dengan garam dan lada sulah
4. Panaskan 1/4 cawan minyak..( minyak.kena banyak supaya telur garing rangup)
5. Campur semuankacang panjang ,bawang dan cili dalam telur
6. Bila minyak betul2 panas berasap baru tuangkan camouran telur dan kacang panjang supaya telur dadar beropol ditepinya .
kalau minyak x cukup panas..telur dadar x mengembang dengan cantik
7. Bila nampak beropol dengan hati2 kecilkan api dan tutup supaya tengahnya yang tebal dapat masak
8. Terbalikan dengan hati2 dan masak sebelah lagi
9. Ulang2 balik2kan supaya garing dan rangup diluarnya  dan masak didalamnya

3 comments:

  1. salam lauk yang simple tapi sedap..

    kenkadang sardin tu blend dengan bunga kantan.. sedapp buat laksa.. pakai spaghetti sedap jugak...


    telur dadar tu kalau pedas sedap... laju je dengan sambal sardin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter suka lauk yang guna sardin tapi x suka makan ikan sardin...suka kuah jew

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete