Wednesday 24 June 2020

KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS (PKPP - COVID 19)

Teringin nak makan kuih
Sejak berpantang makan kerana mata bengkak ni dah jarang makan sebarangan
Tengok mak aku goreng keropok lekor
Aku x berani makan takut kena ikan yg gatal.. Nak makan roti & biskut dah rasa puas dah makan sejak PKP hari tu
Nak makan maggi, mak aku cakap takut perencahnya ada udang ke, bilis ke
Kang bengkak merah lagi mata ni kang
Mak aku pun dah jarang buat kuih untuk minum petang

Tapi weekend baru ni mak aku masak Kuih Bengkang

Bengkang Tepung Beras kata mak aku
Mak aku cakap aku boleh makan sebab x risau takut ada benda yang allergy bagai
Mak aku kata hanya guna tepung beras, santan, gula & garam jer
Takde telur, seafood bagai

Pagi-pagi lagi mak aku dah masak kuih bengkang ni
Mak aku cakap kalau nk makan petang kena masak pagi
Kalau nk makan pagi kena masak sejak malam
Supaya kalau nak potong kuih ni kena biar beberapa jam lepas dimasak supaya kuih  beku & cantik

KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS
1mangkuk besar tepung beras
3 mangkuk besar santan
1/2 mangkuk gula putih
1/2 sudu teh garam halus

1. Siapkan semua bahan. Sapu loyang pembakar kuih dengan sikit minyak.
2. Bancuh tepung beras, santan, gula & garam hingga sebati & tidak bergentel.
3.  Masukkan kedalam periuk @ kuali & teru kacau tanpa henti hingga adunan pekat & meletup-letup
4. Tuangkan semua adunan yang dimasak itu kedalam loyang yang disapu minyak
5. Ratakan & bakar dalam oven yang sudah dilanaskan 190° api atas & bawah
6.Bakar selama 1 jam.
7. Setkan pula api atas sahaja & tambah masa menbakar lagi 20 minit supaya permukaan kuih berkerak garing
8. Biar sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebwlum potong supaya kuih beku & cantik


Mula-mula kacau  memang cair jer



Lama+lama dikacau, adunan makin pekat  dan likat


Adunan yang likat tadi dituangkan kedalam loyang yang sudah disapu minyak.
(syyyy... nampak petai.. 🤭🤭🤭)


Mak aku cakap kalau cara nenek, kena bakar dengan dapur kayu & bahagian atas nya ditutup dengan sekeping zink & letak sabut yang berasap atasnya.
Aku pernah tengok nenek masak kuih bengkang macam tu masa sekolah rendah dulu..
Nenek akan alas loyang tu dengan daun pisang & bahagian atas kuih juga ditutup dengan daun pisang.
Nenek kata supaya bila kuih dibakar, daun pisang juga akan melindungi kuih dsripada terhangus & meninggalkan bau harum pada kuih.
Mak aku cakap nenek buat macam tu sebab dapur kayu dan sabut tu mana boleh nak adjust temperaturenya macam oven..
So, kalau apinya terkuat, xdelah kuih bengkang hangus sebab daun pisang melindunginya..


Periuk bekas kacau adunan tepubg tadi.
Mak aku soh aku kikis & makan
Sisa-sisa adunan kuih ni mak aku cakap
Kalau dulu mak aku ngan achik akan berebut makan
Heeee.... aku x rasa la plak  nk makan
Heee..x sopan anak dara nak makan dalam periuk tu kan
Nanti nenek marah😁

Kuih Bengkang sedang dibakar


Kuih bengkang ni masa baru dikeluarkan dari oven memang nampak lembik & tergedik-gedik macam kera kena belacan
🤣Haaaaperibasa tu..
Seperti Kera Kena Belacan.
Tapi aku x gediks
Aku sopan🤭🤭🤭🤭


Betul la..
Masa kuih ni baru masak
Bila goyang bekas tu
Kuih bengkang bergerak-gerak


Kena biar hingga ssjuk supaya kuih senang dipotong & cantik kuihnya


Tapi belum betul-betul sejuk mak aku dah potong
Haaa.. Bukam aku yang x sabar
Tapi mak aku x tak sabar



Mak aku cakap dah x sabar nak makan sebab bau dia sedap


Haaaa.. Ni kuih dah sejuk
Barulah smooth jerk potong & nampak licin lebih kemas
Cuma top dia mak aku cakap terover garing keraknya

2 comments: