Tuesday, 20 September 2016

MASAK KICAP PEDAS..DAGING QURBAN

Daging Qurban lagiiiiii...
Masak Kicap Pedas..
untuk lunch hari Sabtu..

Aku memang suka daging..
Daging kambing lagiii  laaaa...
Tapi ni daging lembu qurban..
Kat sekolah hari ni pun semua sibuk citer pasal qurban..
dah seminggu cuti kan...naik sekolah semua citer topik samer jer..
Tapi ramai classmate aku x balik kampung pun..
Ramai yang raya kat KL jer..
Aku..?
mmm,....mana boleh x balik..
Setiap kali raya wajib balik kampung..
Sedangkan raya cina....raya india..pun kitorang balik...
Ni kan pula Raya Puasa & Raya Haji..
Heeee

Untuk aku ,kakak & abang..
Mak aku cam biasa la..
Musim Jeruk Mandai sedang melanda..
Asyik makan lauk tu...

DAGING MASAK KICAP PEDAS
1/2 kg daging- potong kiub
1/4 cawan minyak
1/2 cawan kicap manis
1 bawang besar
1 cili merah
sikit garam
1 sudu makan lada sulah
1/2 limau nipis
sikit daun sup

Bahan tumbuk:
5 bawang putih
1 ketul halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk
2. Masukkan daging & sikit air .Masak hingga daging empuk.
3.Masukkan kicap,garam,bawang & cili hiris
4. Tambah lada sulah & perahkan limau
5. Tabur daun sup..& siap


No comments:

Post a comment