Sunday, 18 September 2016

DAGING GORENG BLACK PEPPER...JERUK MANDAI GORENG

Hari Raya Haji ke-4
Achik kata hari ni Hari Tashriq terakhir..
Hari Tashriq tu apa?
Achik kata hari terakhir untuk buat ibadah qurban..
Hari yg diharamkan berpuasa...
10..11..12..13 Zulhijjah..
Haikal lg terer bab ni..
Dia kan student aliran agama..
Aku pun bnyak tanya dia pasal agama..
Banyak perkara aku & Haikal share..
Time cuti sekolah & balik kampung la..
Banyak rahsia aku citer kat Haikal..
Haikal pun sama..
Syyyyyyy.....



Daging Goreng Black Pepper...
Lauk lunch hari Raya Haji ke-4
Ermmmm....tinggal aku ..mak aku..kakak & abang jer dah...
Pagi lepas sarapan...Achik..pakcikk..haikal..aqil & nenek dah bertolak balik Kedah...
Pasni abang & kakak plak akan balik..


Daging Goreng Black Pepper ni mak aku kata daging qurban..
Sedappp...
Pagi mak aku masak Nasi Goreng Tomyam...
Cempedak Goreng


Lauk ni hanya aku..abang & kakak jer yang makan..
Mak aku x makan..
Mak aku masak & makan lauk lain...


DAGING GORENG BLACK PEPPER
300gm daging
(Potong & gaul garam kunyit)
4 sudu minyak
1 bawang besar(hiris)
1 cili merah (hiris)
2 sudu black pepper sos
1 sudu lada sulah serbuk

1. Panaskan minyak & goreng daging hingga berubah warna.
2. Masukkan sikit air biar daging lembut.
3. Masukkan black pepper sos..lada sulah & kacau rata
4. Masuk pula bawang hiris & cili hiris
5. Tabur daun sup


Jeruk Mandai Goreng...
Ni la lauk mak aku...


Mandai Goreng Cili Bawang..
Laju jer mak aku makan...

NAK TAHU CARA BUAT JERUK MANDAI....ADA KAT SINI..


Ni pun mak aku sowang jer makan..
Ikan masin..ulam petai..kaduk..
Argh....ngantuk la plaks..
Zzzzzzzzxx

No comments:

Post a comment