Tuesday 20 September 2016

LOPES UBI KAYU

Lopes Ubi Kayu..
Minum petang hari Ahad..
Dah tinggal berdua ngan mak aku sebab kakak dah balik Johor  .
Tengahari mak aku dah gi hantar kakak kat bus-stand.
Petang mak aku buat lopes ni..
Eh...bukan petang..
Tenghahari mak aku dah masak,tapi makannya waktu petang.
Kata mak aku lopis ni kena masak awal & bagi sejuk dulu baru cantik & sedap dimakan..
Lopes Ubi Kayu namanya...
Lopes tu tu apa?
Lopes tu mak aku kata sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada pulut yang dimasak...dibungkus daun pisang & direbus hingga padat macam nasi impit...
Mmmmm.....belum boleh bayang...
Kata pulut...tapi kenapa ni ubi kayu....
Heee...mak aku kata biasanya memang orang buat dengan pulut
warnanya pula biasanya hijau atau kuning
Tapi yang ni Lopes versi Ubi Kayu
tapi yang kat atas tu mak aku kata belum siap...
Mmmm....apa yang x siap?

Haaaa....ni...
Mak aku kata Lopes  yang dah digaul kelapa parut bergaram akan dimakan bersama air gula melaka
Kata mak aku,lopes tu dibuat daripada ubi kayu parut yang dikukus
Kemudian digaul kelapa yang dicampur sikit garam
Rasanya lema-lemak masin..
Tidak manis kerana tidak diletakkan gula
Sebab tu la kena makan ngan Air Gula Melaka
Macam Sagu Gula Melaka..
Barulah ada rasa manis...
Ooooooo...cenggitew ker......
Kata mak aku lagi..
Kalau ikut cara tradisional Lopes di potong & dihidangkan dalam bekas
Bila nak makan curahkan air gula melaka & cubit dengan jari nak makannnya
Atau pun guna sudu or garfu untuk makan ..
Tu kalau xnak jari tangan melekit la sebab air gula tu memang manis & melekit
Tapi yang ni mak aku kata saja nak bagi nampak vogue sikit...hihihi
So,potong kiub...
Gaul kelapa parut bergaram..
Siram air gula melaka...
Guna lidi cocktail untuk senang nak makan..
Cucuk kuih...suap...nyam3...
Minum tej O panas...
Brrrrrrr.....
Alhamdulillah.....

LOPIS UBI KAYU..mak aku
1 ketul ubi kayu -diparut
(agak-agak dalam 2 cawan ubi parut)
1/2 cawan air
sikit pewarna kuning
Secubit garam

1 cawan kelapa parut putih +
1. Perah ubi parut & biar hingga air jernih.Amibil pati ubi & buang airnya
2. Campur pati ubi dalam ubi parut & tambah sikit air supaya kuih tidak terlalu keras nanti
3. Masukkan dalam loyang kecil & kukus hingga nampak jernih & masak
*** Kalau nak masak banyak guna loyang besar..
       Adjust tebal yang disukai
4. Biar sejuk..potong kiub & gaul dengan kelapa putih yang digaul sikit garam

Sirap Gula Melaka:
2 keping gula klantan/gula melaka
1 cawan air
1 daun pandan
- Mask semua dalam periuk hinggga mendidih & pekat
- Siram atas kuih lopes

No comments:

Post a Comment