Monday, 5 September 2016

KUIH QASIDAH UTARA..

Kuih Qasidah...
Mak aku kata ni versi utara...
Bila mak aku bagitau nama kuih ni..
Aku ketawa...
Rasa kelakar...
Macam nama orang la plaks..
Rasa macam nama Qasidah ni familiar sangat..
Tapi memang aku lupa kat mana aku pernah dengar nama tu..
Bila aku cakap kat mak aku nama kuih ni macam nama orang..
Mak aku kata memang betul..
& Qasidah ni juga nama seorang gadis cantik anak orang kaya..
Alamak..anak siapa...?


Aku x dapat ingat sampai la mak aku bagi klu...
Kata mak aku ...
Klunya...
Saddiq Segaraga..
Yess..!!
Dah ingat dah...
Anak2 Saddiq Segaraga dalam citer "Tiga Abdul" lakonan P.Ramlee
3 orang anak Saddiq yang kahwin dengan Abdul Wahab...Abdul Wahib & Abdul Wahub..
Tapi Qasidah ni aku x ingat kahwin ngan siapa..
Yang aku ingat..3 orang gadis tu beratur kat tangga..
Mereka ialah..
Rashidah...
Hamidah...
Qasidah...
jalannnnn dah....
Hihihi...best citer tu


Kuih Qasidah ...
Kuih ni agak pelik..
Macam kuih talam yang manis..
Tapi ada bawang goreng atasnya..
Pelik kan...??

1st time aku makan kuih ni..
Mula aku xnak rasa sebab nampak pelik..
TAPIIIIII....
Bila dah makan sepotong...
JUJURNYAAA...
I LIKEEEEE...!!!
Seriously sedapppp...walapun pelik kuih manis,ada bawang goreng..
Aku siap request nak bawang lebeyyy..
Bila makan sambil minum teh O panas..memang rasa ngam sangat...
Mak aku kata nenek pernah buat kuih ni ..
Kata mak aku lagi,dolu-dolu masa kanak-kanak mak aku x suka kuih ni sebab dolu-dolu mak aku x makan bawang...
Kalau nenek buat cekodok yang ada bawang atau nasi goreng..mak aku x akan makan sebab x suka bawang..
mmm..tu yang mak aku citer kat aku..
Tapi kata mak aku..manusia mudah berubah..
Termasuk mak aku..
Dari seorang yang x makan bawang...sekarang mak aku kata bawang adalah favourite mak aku terutama bawang goreng..


RESIPI KUIH QASIDAH..mak aku
1cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
secubit garam
2 1/2 cawan air
1/4 cawan air kapur ( secubit kapur dibancuh dengan 1/4 cawan air)

Hiasan:
5 ulas bawang merah-hiris nipis
secubit garam
1/2 cawan minyak masak

1. Mula-mula buat bawang goreng:
- Gaul bawang dengan sikit garam
- Panaskan minyak & goreng bawang dengan api sederhana hingga bawang golden brown
- Toskan bawang & asingkan dari minyak

2. Cara sediakan kuih:
- Bancuh tepung gandum dengan air,air kapur,garam & gula.
**Air kapur digunakan supaya kuih jadi kenyal dan bewarna kuning-kuning cair.

-** ni kapur makan yang digunakan..dah setahun diguna hingga kertas brand tu sudah hilang tulisan..pastikan sentiasa isi air supaya kapur kekal lembut


-Tapiskan better supaya licin x bergentel..
Kacau  tanpa henti di atas api kecil supaya tidak berketul


- Bila better mula pekat tuangkan sebahagian minyak gorengan bawang tadi..(anggaran 2 sudu) supa better licin  & cantik



Kacau lagi hingga meletup-letup sambil dimasukkan lagi baki minyak bawang.Tinggalkan sesudu minyak untuk sapu pada loyang.


-Teruskan kacau hingga semakit likat dan kental

Anggaran masa mengacaubergantung kepada sedikat atau banyak adunan..untuk resipi ini lebih kurang 1/2 jam


- Sapu loyang @ bekas dengan baki minyak  bawang..Ratakan atasnya supaya sekata.Jika ada lagi baki minyak bawang,sapukan pada permukaan kuih.


- Taburkan bawang goreng yang garing rangup tadi..


Biar sejuk pada suhu bilik & potong bentuk kiub @ bentuk diamond & hidangkan dengan teh O panas..

**Untuk senang dan cantik gunakan loyang plastik dan pisau plastik supaya kuih mudah dikeluarkan & potongan kemas dan cantik..

Huh...penat jari...panjang pulak karangan bergambar ni..hahaha
Wassalamu...

No comments:

Post a comment