Wednesday, 7 September 2016

SAMBAL TERUNG BELANDA

Sambal Terung Belanda ..
Mengapa Terung Belanda..?
Aku suka Jerman..
Korea..England..
Heeee...

Dalam banyak-negara..
Kenapalah Belanda yang ada terung ni...
mmmm...
Tapi,mak aku kata kat kanpung nenek memang terung tu dipanggil terung Belanda...
Kalau search " Terong Belanda" kat Google..
Terong Belanda ain pulak yang kuar..


Aku dah search kat Google ....kuar banyak gambar buah macam kat atas ni....
GAmbar ni pinjam kat  http://www.sitkes.com/khasiat-terong-belanda.html.
Mungkin ada nama lain kot..
Bila tanya kat mak aku..



Mak aku kata...kat tempat lain dipanggil Terung Rimbang..
Rimbang tu apa..?
mmm..mak aku pun x tau..
Jap nak search lagi kat Google,,


Yer..jumpa gambar buah terung macam yang mak aku masak sambal ni..
Aku pinjam gambar ni kat http://cintasehat.com/manfaat-super-terung-rimbang-bagi-kesehatan/.
Kat sini aku jumpa...dorang panggil "BUAH TEKOKAK"

TAPI...
Kalau guna keyword "Terung Pipit"
Lagi lar bersepah gambar terung ni..
mmmm....rupanya lagi ramai orang panggil "Terung Pipit"


 
Sambal ni bukan hari  ni nyer..
Dah beberapa hari...
x ingat sangat sebab aku memang x makan pun..
x suka ikan bilis & x suka terung tu..
Kalau terung yang warna purple panjang tu aku makan la..
Ni terung yang xde rupa terung pun..
Bulat-bulat kecik-kecik..
Tengok yang dah sambal ni memang rupa macam kacang pis..
Tapi kalautengok buah yang belum dimasak  berjambak & bau dia x selera aku nak makan..
Dalam dia banyak biji-biji halus & rasa dia langsung xde rasa terung..
Camaner buleh namanya terung..
mmmmm...tapi mak aku kata sedap..


Tapi sebab mak aku dah namakan folder yang ada gambar ni "Sambal Terung Belanda" maka aku guna jer title tu

SAMBAL TERUNG BELANDA..mak aku
1cawan terung belanda-leraikan dari tangkainya
1 cawan ikan bilis-goreng
1/4 cawan minyak
1 asam keping
sikit garam & gula

Bahan Blend:
10 cili kering-gunting & rebus
1/2 bawang besar
2 bawang putih
sikit belacan(jika suka)

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan air sebanyak 1 cawan & terung belanda.
3. Biar mendidih hingga terung empuk dan lembut
4. Bila hampir kering,masukkan ikan bilis,asam keping,garam & secubit gula
5. Biar hingga naik minyak..siap

No comments:

Post a comment