Lepat Labi xde ker...?
Hihihi...
Ni sebenarnya mak aku masak sebelum puasa lagi...
Tapi sebab ni dah masuk dalam bulan puasa..
Kira boleh jer lah jadi kuih untuk buka puasa..
Kuih untuk Iftar..
Memang mak aku masak hari tu untuk iftar pun..
Tapi iftar puasa bulan Sya'ban la...
xper la kan...
Iftar juga
Labu ni mak aku cakap antara makanan kesukaam Rasullullah...
Kalau ikut Sains pun Labu ni banyak kandungan carotin..
Mak aku pun selalu juga beli labu ni
Buah Labu Kuning
Pumkin in english
Waluh in Indonesia
LEPAT LABU TEPUNG BERAS
1/2 biji labu kuning( 2 cawan labu lenyek)
2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula
20 keping daun pisang(selebar tapak tangan )dilayur
Sedikit minyak
1. Belah dua labu...
2. Belah-belahkan supaya senang dikupas kulitnya
3. Kupas kulit kerasnya
4. Kukus atau rebus labu hingga lembut
5. Lenyek labu semasa masih panas supaya lebih senang lenyek
6. Sukat labu lenyek .1 cawan labu lenyek gunakan 1 cawan tepung beras
7. Biar labu sejuk sikit baru diambah tepung beras..( Jika tambah tepung masa panas,adunan akan masak dan lembik)
( Boleh digantikan tepung gandum tetapi jika guna tepung beras.kuih akan lebih lembut dan cantik serta sedap..)
8. Tambah juga gula,garam dan santan pekat..
9. Kacau hingga mendapat adunan yang pekat
10. Ambil sekeping daun pisang yang sudah dilayur anggran selebar tapak tangan
Letak 1 sudu besar adunan labu dan bungkuskan..
Kukus lebih kurang 20 minit..
Ambil 1 kuih dan buka..jika kuih x melekat pada daun pisang dan senang dibuka..
tandanya kuih dah masak
Selain daripada dimask Kuih Lepat..
Mak aku juga pernah masak
SIRA LABU MANIS kat sini...
PENGAT LABU KUNING kat sini...
SUP KRIM LABU kat sini
Resepi ni sama dgn arwah mak buat sedap
ReplyDelete