Thursday, 25 May 2017

BEKAL HARI RABU- SPAGHETTI BOLOGNESE GORENG

Spaghetti Bolognese Goreng
Bekal Hari rabu
Pasni sebulan memang xde bekal
Kalau bawa bekal gi sekolah tu memang x betul latew..
Sebab minggu depan dah puasa do..!!!
Kalau ada yang bawa bekal pun
Student Non Muslim kot...
Itupun ada juga yang segan-segan nak makan depan kitorang
Tapi ada juga yang memang sengaja menunjuk-nunjuk...
Macam la kitorang terliur sangat..
x baik kan camtu...???





Tapi kalau sebut bekal bulan puasa teringan sorang senior aku masa sekolah rendah lagi.
Senior ni Siammese..
Nama dia Sitikphong
Kitorang panggil dia Sitik jer
Muka dia memang sejibik Malay
Cakap dia pun memang dia lagi fahan Bahasa melayu dari Bahasa Thailand..
Kadang nampak dia jalan kaki time balik sekolah ,mak aku selalu tegur dia dalam Bahasa Thailand..
Mak aku selalu tanya dia .." Meng phai nai..??" ( Hang pi mana)
Dia mesti senyum jer...
Kadang dia jawab pendek jer  ..." lop" (balik)
kalau masa sekolah rendah aku pengawas juga
Kitorang pengawas yang bertugas waktu rehat suka usik dia..
Sebab kalau bulan puasa dia hanya minum..
x makan..
Aku pernah tanya dia..
Dia cakap camaner dia nak makan..
Setiap kali nak beli orang akan ingat dia Melayu yang x puasa
Kalau nak bawa bekal pun sama...
Nanti orang akan ingat dia x puasa..
Hahahahaha....nasib la Sitik..
Dah muka kau muka Melayu..
Cakap Thailand lak x pandai..
Mesti la orang ingat Melayu..
hahahaha....




Walaupun nampak macam Mee Goreng jew
Tapi meamg itu spaghetti
Bukan Mee Goreng
Mak aku kata ni Spaghetti Bolognese jer..
Tambah chickenball
Tapi versi masak ngan sos dia siap-siap
Ala-ala Marinara...tapi xde seafood
Aku suka...
Sedappppp
Cuma bila mka ku tabur daun bawang tu cam xkena ar..
Kalau tabur daun sup ok lagi
Kalau tabur sweet baasil baru best
Baru ngam ngan Pasta..
Heeee aku kan berangan jadi orang Italy..!!!


SPAGHETTI BOLOGNESE GORENG
1 paket spaghetti
20 biji chickenball
1 botol sos bolognese
1 bawnag besar- dadu halus
1 sudu besar oregano
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
daun sup/daun selasih
2 sudu minyak

1. Rebus spaghetti hingga lembut
2. Panaskan minyak dan  tumis bawang besar
3. Masukkan sos bolognese dan 1 cawan air
4. Masak hingga mendidih & masukkan chickenball
6. Tambah garam dan gula
7. sesuaikan rasa dan masukkan spaghetti yang sudah direbus
8. Gaul rata dan tabur oregano dan daun sup/selasih cincang.Siap

No comments:

Post a Comment