Wednesday, 17 May 2017

LABU SIAM MASAK LEMAK PEDAS

Labu Siam Masak Lemak Pedas
Lauk mak aku masak untuk iftar hari Isnin...
Mak aku jer puasa..
Aku x puasa pun..
So, sementara nak tunggu mak aku masak untuk iftar...
Aku masak Maggi Kari jer..
Hehehehe..


Lauk ni sedappppp sangat sebab aku suka kalau kuah lemak pedas or lemak cili padi..
Lemak putyih jer aku kureng skit...
Tapi laun ni pun aku suka kuah dia jer..
Isi buah Labu Siam tu aku x rasa pun..
Mak aku paksa juga suruh rasa sikit sebab mak aku cakap sedappp...!!
Tapi aku xnak juga...
Aku jus suka kuah dia...
Kuah dia nyer bau....
Pergh...melekat bau  kat tangan macam bau gulai ikan masin...
Lepas makan dah basuh tangan pun bila cium bau tangan boleh meleleh air lio oooooo....!!!
Itu kuahnya lah....
So,jangan tanya cemaner rasa isi buah Labu Siam tu..
Tanyalah pada mak aku sebab mak aku yang habiskan semua isi buah tu..
Bukan la habis sekali makan..
Esokya mak aku panaskan lagi..
Sampai kuah dia kering dan cersalut pada labu tu..
Mak aku cakap esok nyer tu lagi kick sebab kuah dah lekat pada labu tu..



Kuah dia memang pekat sebab mak aku cakap guna santan kotak & bubuh kuah sikit jerk..
Pedas...lemak...sikit masin...sikit masam..sikit manis...
Sikit punya sedap lar...
Hahahaha......


Ops...tau ker Labu Siam...
Haaa...ni la Labu Siam...
Aku pun baru tau..
Itupun sebab mak aku bagitau lar...
Kalau mak aku x cakap...opkos aku ingat ni jambu batu...
Rupa dia macam jambu batu kan....
Tapi mak aku cakap memang nama dia Labu Siam...
Siam tu apa..??
Haaa...Siam nama bangsa rakyat Thailand la..
Baca Sejarah kan dolu-dolu Thailand tu namanya Siam..
Maca m Malaysia la...
Dolu nama Tanah Melayu..
Bangsa kita Melayu
Aku la bangsa Melayu...
Kat Kedah ramai orang Siam sebab dulu Kedah tu Negeri Naungan Siam..
Haaa....agak-agak Sejarah aku boleh dapat A x..???
Heeee...
Kembar Siam lak...??
Haaa....pun sebab berlaku di Thailand a.k.a Negara Siam..
Kembar yang melekat sesama sendiri dipanggil Kembar Siam sempena Kembar Siam yang dilahirkan di Siam pada tahun 1811....
BOLEH BACA INFO KAT SINI.....



                                                             pic dari    (mrkumai.blogspot.com)
 
Selain Buah Labu SIam...Pucuk Labu Siam juga boleh dijadikan sayur..
( Pic Pucuk Labu Siam  bukan mak aku beli...tapi untuk info sahaja....boleh tengok pokok,buah dan pucuk ni kat

                                                                 pic dari    (mrkumai.blogspot.com) 

Ni lak pokok Labu SIam...                      
Kitorang xde tanam pokok ni..
Just beli buah kat Pasar Segar jer...

Asal nak citer Labu Siam...
So, kiter citer Labu Siam Masak Lemak Pedas lak yer...
Masakan mak aku lar...
xkan aku lak nak masak lauk ni...
Memang x...arrr..!!!


LABU SIAM MASAK LEMAK PEDAS 
1 biji Labu Siam
1 asam keping
1/2 kotak santan
1 batang serai
5 cili padi
1 helai daun kunyit(jika suka)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula
2 sudu minyak

Bahan Tumbuk 
10 cili padi
3 cili kering
sikit belacan
1cm kunyit segar
1 cm lengkuas
2 bawang merah
2 baewang putih
( Kalau nak masak banyak boleh jer blend
  Tapi kalau sikit baik ditumbuk )

1. Labu Siam...Basuh dan x perlu kupas kulit


2. Belah Labu Siam dan hiris memanjang. Boleh juga diparut kasar 



3. Bahan untuk tumbuk


4. Bahan tumbuk yang dah siap

5. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum dan naik minyak


6. Masukkan Labu Siam dan kacau rata..


7. Masukkan 1/2 santan kotak ,asam,garam,gula dan cili padi
   ( asam keping digunakan selain daripada untuk seimbang rasa kuah,asam keping juga digunakan supaya Labu Siam tidak empuk lembik..Akan kekal bentuk dan rasa sedikit rangup)


8. Tambah sikit air agak-agak 1 cawan supaya berkuah.Masukkan juga daun kunyit simpul


9. Masak hingga mendidih dan kuah agak pekat anggaran 10 minit
    Sesuaikan rasanya dan siap..

Selain daripada Labu Siam...
Mak aku cakap sedap juga dimasak Lemak Pedas ini menggunakan Betik Mengkal atau Betik Muda
Mak aku dah pernah masak ...
Boleh tengok entri 
BETIK LEMAK PEDAS KAT SINI....

No comments:

Post a Comment