Thursday 11 February 2021

SARAPAN NASI GORENG CILI KERING

 

Pagi-pagi menumbuk cili untuk masak nasi goreng. Bidang kerja yang sudah lama ditinggalkan sejak blender jadi pengganti. Kemudian diambil alih oleh prencah nasi goreng segera. Kali ini tekak meminta nasi goreng cili kering. Untuk rasa ori, tekak order cili kering kena tumbuk. Taknak cili blend. Mengada punya tekak. Terus tanak 2 cawan beras. Nak buat nasi goreng Cili Kering punya pasal. 


Maka gigihlah tangan menumbuk  15 biji cili kering yang sudah diguntung buang biji & direndam air panas 10 minit. Letak jiga 1 sudu teh garam supaya cili mudah lumat. Tambah 3 bawang merah & 3 bawang putih. Gesek lagi hingga bawang lumat



Kemudian panas 4 sudu minyak d tumis bahan tumbuk hingga garing

Pecahkan 3 biji telur. 


Gaul rata. Kalau dulu dapat makan ini sebagai lauk pun dah sedap sangat


Teringat sambal sardin semalam masih tidak berusik sardinnya. Masukkan juga dalam nasi goreng. 

Masukkan nasinyang sudah dileraikan gemburkan. Gaul rata & sambil dikacau goreng lebih kirang 10 minit hingga naik wap  berasap

Tabur daun  sup sikit


Ready to eat

Nasi Goreng Cili Kering Idaman Anak Tekak. Jerang air, ak bancuh Kopi 0 sekejap....




6 comments:

  1. Sedap ni tau nasi goreng cili kering tumbuk sendiri. Saya dah agak lama tak buat nasi goreng.

    ReplyDelete
  2. My fav ni..simple.tapi rasa dia x pernah kalah...eeh telor rebus mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahha... Naz tanya baru saya ingat saya memang ada rebus 4 biji telur tadi.. Aduh, macamana boleh lupaaaaa.. 4 biji tu

      Delete
  3. Suka tengok nasi goreng mak cella ,cantek kejadian nya dengan beras panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Hanya beras sahaja saya belanja lebih sikit, tapi saya cut belanja lauknya.. Hihihi

      Delete