Thursday, 18 February 2021

POKOK GETAH & LEMBU

 

Call mak semalam. Kata mak sekarang musim panas aka musim kemarau.Pokok-pokok getah semua sudah botak.Mak cakap baru habis upah orang bersihkan kebun.Mak tengah membaja pokok-pokok getah yang sejemput dekat rumah tu sementara mencari orang untuk upah membaja kebun getah sebenar.Tadi Achik share pic kebun getah tu. Tiba-tiba rasa rindunya nak balik kampung.Rindu pada panasnya musim kemarau.Rindu akan tiupan angin timur.Rindu pada kenangan-kenangan yang pernah tercipta puluhan tahun dahulu.


Menatap gambar dalam galerry handphone ni ,rasa ingin terbang pulang ke kampung.Walau sudah lebih suku abad bermastautin di KL,namun bila usia semakin menuju kegarisan ,kampung sentiasa dalam ingatan & rindu semakin mendalam. Kadang terfikir nak nak tukar balik negeri. Tapi, kadang rasa belum bersedia


Gambar ketika pulang ke kampung awal bulan lepas.Sengaja merakamkan suasana yang semakin jarang kelihatan.Dulu hampir setiap keluarga memelihara lembu sebagai pelaburan & simpanan  wakt kecemasan.Orang dulu tak ramai yang simpan duit dalam bank.Tapi mereka banyak harta dalam bentuk tanah kebun,bendang,binatang ternakan & barang kemas.Bila kecemasan,barang kemas dipajak gadaikan,lembu kerbau dijualkan.Tanah hanya akan dilepskan jika keadaan terlalu mendesak.


Sekawan lembu 

Lembu juga banyak mewarnai perjalanan zaman kanak-kanak. Seingatpun memang emak & ayah ada pelihara beberapa ekor lembu yang dipawah. Pawah tu maksudnya bela lembu betina milik orang. Anak pertama yang dilahirkan menjadi milik kita sebagai pembela. Anak ke-2 habuan tuan lembu. Anak ke-3 pembela. Anak ke-4 tuan lembu. Begitulah seterusnya hingga(sila ingat sendiri dialog Che Rohani dalam filem Madu 3🤭)

Hasil dari lembu pawah tulah berkembang biak & jika dapat anak lembu jantan, itu untuk dijual la jawabnya.Tapi setiap kali jual lembu,mak akan mengalirkan air mata bila lembu tu dihangkut naik lori.. Kenangan


Semakin berlalu meninggalkan  denai kenangan


No comments:

Post a Comment