Monday, 1 February 2021

PUDING CAREMEL TELUR UNTUK POT LUCK

 Semalam Adah ada "periuk bertuah" di tempat kerjanya.. Hihihi, orang Melayu  cakap pot luck la.. Hihihi. Adah kata ada yang dah plan nak bawa makanan berat, mihun, tauhu bergedil bagai. Dia pilih nak bawa manisan puding caremel. Tapi tu la, dia pilih untuk bawa sahaja, bukan pilih untuk masak.. Hihihi, maka mak dia la yang masak



Puding caremel ni sedap makan selepas disejukkan dalam peti ais. Kalau dah biar semalaman lagi la sedap dengan sirap caremel dia pekat & puding smooth sejuk


Sebab dah terlanjur  buatkan untuk potluck tu, buat la sekali untuk makan sendiri. 


Buat 2 loyang kecik untuk di rumah. 1 makan panas-panas dan 1 lagi biar sejuk dalam peti ais


Buat 3 loyang. Loyang 4 segi 10" x 10" untuk Adah bawa pot luck. Loyang bula 6" untuk makan di rumah. Untuk loyang 4 segi tu say pakai 10 biji telur, 1 tin susu cair, 1 tin air dan 1/2 tin susu pekat. Susu pekat tu kalau nak manis lagi tambah  jadi 3/4 tin. Tapi kena ingat, air gulanya pun dah manis. Kadang saya hanya guna susu pekat sahaja tanpa susu cair. Tapi ni sebab nak bawa pot luck kan kena la lagi sedap. Saya guna susu cair juga supaya lebih creamy. Nanti kalau gemuks jangan salahkan mokcik. Hihihi


PUDING CERAMEL BERKRIM
10 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 tin air ( sukat guna tin susu)
1 sudu teh esen vanila
5  sudu gula pasir

1. Buat gula hangus.Tabur gula dalam kuali panas dengan api yang palibg kecil
2. Biar gila mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau suka boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja keran jika dipukul kembang ,akan ada lubng2a kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu cair & 1 tin air & 1/2 tin susu pekat dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tapis untuk buang tali pusat telir d putihnya yang tidak sebati. Kemudian tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 15 minit.
Jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....
9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik tu

**ni untuk 1 loyang 10"x10". Kena buat tebal baru sedap. Kalau nipis sangat  texture dia tak berapa creamy. Yang loyang kecik 6" tu saya kurangkan sukatan

Nak buat caremel ni yang malas sebenarnya. Padahal bukan susah sangat, tapi nak jaga api la supaya gula tidak hangus dapt dapat warna gold yang cantik. Kena tuang cepat-cepat dalam loyang sebelum gula berkristel macam toffe


Semalam habis telur sereban.. Dah siap basuh. Hihihi 23 biji telur saya guna. Nasib baik ayam kat dapur tu tidak merajuk. 


Dah siap masak.  Biar sejuk hilang wap baru masukkan dalam peti ais


Tutup dengan plastic cling sebelum masuk peti ais. Maklum lah peti ais kita bukan peti ais kedai kek yang hanya untuk isi kek. Ni peti ais kita dalam tu lah ada sayur, ada cili bagai. Karang habis diserap dalam puding pula kan, hilang segala hatuman vanila tu. Hihihi. So, wrapkan la sebelum masuk peti ais. 


Ni memang nampak pucat sebab belum updown side lagi. 10x saya pesan Adah supaya yang bawa potluck tu nanti hati2 terbalikkan dalam bekas. Saya belikan bekas plastik bertutup untuk  bawa sekali nak balikkan puding ni. 

Alhamdulillah cantik kejadiannya. Tapi tu la malas nak selongkar kabinet dapur untuk keluarkan bekas puding bagai. Tak proper langsung.. Hihihi... 



6 comments:

  1. Nikmatnya makan kalau dh di sejukkan. laju aje masuk ke tekak tak tahu berapa banyak yang dah masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Dah la telur, susu, gula.. Sepotong pun dah berapa banyak kalori. Berlori.. Hihihi

      Delete
  2. Teringin kekadang nak buat sendiri dan makan, tapi tu lee, orang kat rumah ni tak berapa suka.. so kalau nak makan, beli je le sebekas huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa yang sedap, baik beli jer Lin.. Lagi nikmat makan tak payah penat-penat buat. Makan pun feel jer tak ada yang berebut.. Hihihi

      Delete
  3. Iman selalu suruh buat caramel pudding ni tapi mak Iman kedekut telur, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Cella pun sejak covid 19 melanda ni baru reti beli telor banyak-banyak sk. Dulu sekali beli 10 biji sahaja. Nak makan jimat-jimat. Bila PKP banyak pula ayam bertelur. Hihihi

      Delete