Monday 22 February 2021

NASI ALA AYAM PENYET


Semalam punya semalam punya semalam punya menu
Nasi Ala Ayam Penyet. Menu simple yang dijamin habis. Kalau kat rumah saya la
Dah agak lama tak masak macam ni 
Eh, rasa macam dah lama, tengok old post kali terakhir masak bulan November 2020.Lama la juga, dah lain tahun. Hihihi

Pinggan mak

Ayam Goreng Garing. 

Tempe goreng

Ulam pucuk selom

Sambal penyet
-20 cili padi merah
-5cili merah
-5 bawang putih
-1 biji tomato merah
-1/2 bawang besar
-1 sudu teh garam
-1 sudu makan gula melaka
-1 sudu teh pes asam jawa Adabi 
  (+1/4 cawan air) 
-3 sudu minyak

1. Panas minyak & goreng, cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang besar. Ketepikan. Tutup kuali kerana cili padi mudah meletus bila digoreng sebiji-sebiji. 
2. Dalam minyak yang sama goreng belacan. Angkat dan goreng pula buah tomato. Goreng tomato akhir sekali keranantomato berair & minyak mudah hitam
3. Masukkan semua bahan goreng+air asam jawa, garam & gula ikut halus atau kasar yang digemari. Sesuaikan rasa


Bekal anak bujang

Bekal saya & Cella, 


6 comments:

  1. Mmg mak2 ni suka mkn leher kaki dan organ dalaman ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Agaknya la.. Tapi mak-mak milinium ni tak tau la suka lagi ka dak.. Hihihi

      Delete
  2. Sedapnya ayamm goreng garing tu. Menyelerakan sungguh kalau daun selom jumpa sambal penyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ayam kena panas-panas garing baru feel cicah sambal penyet

      Delete