Saturday, 27 February 2021

SARDIN MASAK ASAM PEDAS MAKAN BAWAH POKOK KUINI

Sardin masak asam pedas + bendi. Saya masak ni pagi Khamis sebab dah janji dengan cleaner nak potluck lunch dengan mereka. Sebenarnya awal tahun hari tu mereka dah buat bbq sesama mereka sebagai "annual hi tea" mereka. Dorang ada call ajak saya join. Tapi hari yang sama juga cella ada final presentation yang memerlukan saya membantu. Tak dapat la saya join. Jadi kali ni sesaja nak lunch sama-sama. 


Saya hanya masak asam pedas sardin + bendi & telur dadar sahaja. Mereka bawa kari ikan, ikan gelama masam goreng & sambal belacan. Ulam, kami petik tepi pagar kuaters ada pokok  samak. Lauk marhain sahaja. Hihihi. 


 

Saya pilih untuk masak sardin sahaja sebab mudah & cepat. 



Saya guna sardin paket ni. 1 pack ada 6 ketul ikannya


SARDIN ASAM PEDAS

3pack sardin
15 kacang bendi
1 sudu makan pes asam jawa  Adabi + 1 mangkuk air
5 tangkai kesum
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula perang
1/2 cawan minyak

BAHAN BLEND
1 cawan cili boh (+- 20 cili kering  besar)
1 bawang besar
5 bawang putih
5 hiris lengkuas
2 batang serai

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend gingga mendidih & naik minyak
2. Masukkan sardin & sosnya
3. Tambah air asam jawa * secukup air untuk kuah.Tambah juga garam & gula
4. Bila mendidih + bendi & daun kesum.
5. Masak dengan api perlahan beberapa minit hingga kuah naik minyak.Sesuaikan rasa. 

Kami makan dipondok tepi pokok kuini atas bukit tu

Pokok kuini ni tahun lepas berbuah lebat juga. Merasa juga saya 3 biji diberikan oleh cleaner. Tahun ni hanya berbuah beberapa biji. Masih berputik sebesar kelingking dicelag daun. Yang berpagar tu pencawang & ditepinya tu sedang diratakan oleh buldozer & traktor. Tapi masa kami makan buldozer & traktor dh tak nampak. Makan dibawah teduhan pohon kuini dengan dibuai hembusan angin timur memang sangat mengasyikkan. Kebetulan Pak Man ada bakar timbunan daun-daun & kayu-kayu kering tepi pondok tu. Dengan bau asap tu memang terasa seperti berada dikamoung zaman kanak-kanak. Kata Pak Man ubi kayu yang ditanam dekat tangki air tu tidak berisi. Kalau berisi boleh bakar ubi kayu dalam bara api tu. Uish...berselera betul saya makan tengahari tu. Kena dengan asam pedas, kari ikan, ikan masin, sambal belacan & ulam. Memang kena dengan tekak saya. Dengan security guard pun join sekali. Terasa sedapnya makan berjemaah dibawah teduhan pokok kuini. 



Pinggan saya penuh ulam pucuk sama yang dipetik dekat pagar sebelah kuaters tu. 


Balik rumah, sebelum maghrib saya mentong pula kat rumah dengan baki asam pedas dalam kuali yang ditinggalkan. Tiada siapa yang makan. Sudahnya saya juga yang makan. 2 kali makan nasi.. Tengahari & lewat petang.. Hihihi
Alhamdulillah... 


6 comments:

  1. Memang berselera kalau makan ramai2 dalam suasana macam tu. Sy belum pernah makan Sardin Asam Pedas, sos dalam sardin tu nak kena buang ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Sos tu saya masukkan sekali sebab sos dia sedap.. Hihihi

      Delete
  2. Sedapkan.Semalam saya pun masak asam pedas ikan terubuk.tak de sambal belacan tapi di ulamkan dgn mempelam yg di beli tak berapa manis dan ikan lampam pekasam yg di beli siap bergoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. Ikan terubuk sedapnya. Lemak isinya kan.. Gu dengan ulam. & ikan pekasam memang padu

      Delete
  3. Nyamannya makan bawah pokok kuini.
    Sedap tu sardin masak asam pedas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam kat kampung sambil hidu asap bakar daun2 kering

      Delete