Wajik Versi Padat & Lembut.
Jarang saya masak wajik versi lembut kerana saya lebih sukakan wajik versi keras yang bila kunyah melekat kat gigi. Tapi saya masak wajik versi lembut ni kerana ada yang sukakan wajik versi lembut.
Wajik Versi Lembut ni saya gunakan gula nisan Kelantan sepenuhnya. Warnanya agak pucat berbanding menggunakan gula merah.(dark brown sugar). Tetapi rasa lebih sedap kerana gula nisan Kelantan lebih lemak & manisnya tidak tajam
WAJIK VERSI LEMBUT
1/2 kg pulut- rendam semalaman
3 keping besar gula nisan Kelantan
2 helai pandan
1 sudu teh garam
3 cawan santan pekat
1. Kukus pulut yang sudah direndam hingga masak.Angkat & tuangkan dalam bekas besar & gaul dengan 1 cawan air. Kukus semula pulut hingga lembut. Angkat.
2. Dalam kuali masukkan gula nisan, santan, garam & pandan
3. Biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap
4. Bila air gula bersantan sudah pekat, masukkan pulut kukus lembut tadi & kacau hingga rata.
5. Masak sambil dikacau hingga pekat. Angkat & sendukkan dalam loyang yang sudah dialas daun pisang @ plastic cling d sejukkan sebelum potong
Alas plastic cling menjadikan wajik lebih mudah dipadatkan & senang dikeluarkan bila tah sejuk.
Tetapi saya sangat menyukai
Lamanya tak jumpa wajik.
ReplyDeleteJaman dulu mak selalu buat terutama kalau raya
Makanan manis ni sesekali sedap juga bila makan sambil kenang noztalgia dulu-dulu.. Hihihi
DeleteSaya tak pernah suka wajik ni, tapi kalau wajik sirat tu sy suka sangat
ReplyDeleteTak suka tak apa.Tapi jangan pernah membencu.. Ttiber.. Hihihi
DeleteSaya pun suka wajik sirat, tapi nam membuatnya tu yang bercinta. Nak sangai pulut & nak kisar. Seumur hidup saya pernah sekali jer kot mazak wajik sirat. Tapi macam lepas2 ni nak uat lah. Takut hilang skill.. Hihihi