2 ketul ni memang menutup aurat sepenuhnya. Tiada ruang yang terbuka. Dari hujung kepala hingga hujung kaki. 2 ketul ni beratnya 1kg.
Setelah dibuka hijabnya.. Seakan ular bersalin kulit. Selalu kalau kat kampung, dipinggir belukar & selalunya musim kemarau macam sekarang, memang selalu jumpa sarung ular tedung dibatas-batas bendang. Batas tu bahasa standardnya disebut permatang iaitu pemisah antara petak-petak sawah. Musim kemarau ular tedung yang banya bersarang didalam batas bendang akan bersalin kulit. Sarung kulitnya yang putih & ringan kadang menjadi mainan kami dizaman kanak-kanak. Ular tedung memang bahaya tapi sarungnya tidak. Lagipun ular akan lari bila bertembung manusia kecuali bila dia rasa terancam, memang ia akan bertindak balas. Petani dulu-dulu memang berdamai dengan ular tedung. Masing-masing dengan urusan masing-masing tapi saling berkerjasama dalam diam. Batas bendang menjadi tempat bersarang ular tedung kerana sawah padi juga menyediakan sumber makanan kepada mereka iaitu tikus yang juga bersarang di sawah padi.Dalam diam ular juga membantu petani dengan memakan makhluk perosak padi. Tanpa ular, banyaklah tikus membiak & merosakkan tanaman padi.
Ubi yang sudah dibuka balutannya dikupas direbus. Alhamdulillah, walau sudah hampir seminggu ubinya masih empuk & tidak rosak. Ubi kekal segar dan tidak masuk angin kerana dibalut rapi. Plastik pembalut tu bukan bukan plastic cling yang selalu kita guna untuk wrap makanan tu. Tapi plastinya seakan plastik kita isi lauk, cuma ia seperti di seal dengan baik & kemas mengikut bentuk ubi. Kali pertama saya jumpa ubi berbalut seperti ini. Bagus idea ini kerana ubi tahan lama
Kalau mak saya punya style, semua kelapa, garam & gula pasir putih digaul hinga rata untuk dihidang bersama ubi kayu rebus. Tapi saya suka gula perang.
Lemak gebu ubi kayu muda bila direbus empuk. Siapa sahaja yang memakan ubi kayu rebus pastinya turut sama hanyut dalam arus kenangan. Hampir setiap orang mempunyai kenangannya tersendiri bersama ubi kayu.
🎼🎤Aku suka singkong, 🎶
🎧🎤Kau suka nugget🎵
Hei.. hei..
🎼🎤Aku ini.. Hanya anak taniiii... 🎵
Lagu zaman sekolah hujung 80's🤭
eh eh hujung kelapa ke kepala tu. hihi
ReplyDeleteSedapnya ubi rebus. Style saya suka makan ubi rebus dengan sambal tumis pedas :)
Hihihi.. Jadi besar. Lately ni banyak typo sejak PKP2.0. Jari makin kembang kot.. Hihihi
DeleteUbi tutup aurat tapi telanjang ni, hihihi (sebab masih nampak kulit - tutup guna bahan lutsinar, kikiki)
ReplyDeleteStail family sy pulak, ubi makan dengan sambal lada hijau, uhhhh.. rindunyaaaa..
Advance la SK.. Boleh pula dia terfikir ke situ.. Hahahaha..
DeleteTapi betul la kan.. Berbaju jarang nampak kulit.. Hihihi
Kenapa tak buat vlog utube je. Lg best
ReplyDeleteSaya tak pandai.Blog ni pun menyambung dari blog yang cella creat masa sekolah rendah lagi. Saya sampai sekrang tak reti nak creat.Nak edit & setting bagi proper sikit pun saya tak reti. Hanya tahu tulis & upload pic sahaja.In sha Allah kalau ada guide & punya masa untuk belajar. Doakan untuk saya d terima kasih atas komen
Deletesedapnya kak... ubi goreng tepung... kalo sini cicah gula apong atau sambal belacan.. kalo kat kedai mmg mahal menu ni
ReplyDeleteGula apong sedapnya mim..Pernah beli masa ke Sarawak. Kalau kat Kedah gula apong tu dipanggil nisan nipah. Dulu2 dicampur dalam cendol. Kadang sirap gula melaka dimasak camour daun rokok untuk dapat aroma nipah.
DeleteStyle mak sy, rebus ubi sampai empuk pastu buang sikit air dia, masukkan gula.. nnt gula tu cair n melekit².. sedapnyeeee.. tapi sejak lepas bersalin, xboleh nk makan ubi sgt, angin pulaknyee.. rugi betul.
ReplyDeleteAduhai ubi. Time hujan sedap betul makan ubi sambil sembang-sembang!
ReplyDeleteMasak serawa pun sedap.tapi klu makan dgn kelapa, garam dan ikan masin lagi sedap
ReplyDelete